Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Selepas Kedah, Perikatan Nasional sasar tiga negeri lain

May 20, 2020 | 01:40 PM



SETELAH berjaya mengambil alih kuas di negeri Kedah pada minggu lalu, gabungan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kini menetapkan sasarannya terhadap tiga daripada empat negeri yang masih dikuasai pembangkang.



Akhbar The Straits Times difahamkan percaturan sedang berlangsung di Sabah, di mana presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal, menghadapi ancaman oleh pendahulunya, Datuk Seri Musa Aman, walaupun ketika ini Datuk Seri Shafie memerintah lebih dari dua pertiga dewan undangan negeri.



Walaupun gabungan parti-parti pembangkang, Pakatan Harapan (PH), menghadapi keadaan paling tidak menentu di Negri Sembilan, ia juga berdepan dengan usaha menggoyahkan kerajaan negeri Selangor.



Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Azmin Ali dilihat sebagai tokoh utama dalam mendorong gelombang pemerintahan kerajaan kedua ini berubah, setelah Johor, Melaka dan Perak bertukar tangan sejurus PN mengambil alih kuasa pada bulan Mac.



Ini kerana banyak Adun PKR masih setia kepada Datuk Seri Azmin, seperti yang dilihat di Kedah, di mana dua ADUN berpaling tadah dari parti itu seminggu yang lalu, yang mencetuskan kejatuhan anak Tun Dr Mahathir Mukhriz.



Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia bagi Negeri Selangor, Encik Rashid Asari, semalam berjanji akan menyokong presiden parti, Tan Sri Muhyiddin, dan perpecahan dalam PKR yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin mendalam di negeri yang sebelumnya ditadbir oleh Datuk Seri Azmin. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >