Subuh
5:57
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:41
Maghrib
7:21
Isyak
8:33

Selepas M'sia, Obama lawat Filipina

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Selepas M'sia, Obama lawat Filipina

Apr 28, 2014 | 03:06 PM

MANILA (FILIPINA) - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, kini berada di Filipina selepas menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.

Lawatan beliau ini dilihat sebagai usahanya memperkukuh hubungan Amerika-Filipina dan usaha Amerika mengimbangi semula kedudukannya, terutama sekali dalam aspek ketenteraan, di rantau Asia yang kini membangun pesat dan dibayangi kebangkitan China.

Encik Obama dijadualkan bertemu Presiden Filipina, Encik Benigno Aquino.

Sentimen anti-China terus melonjak di Filipina, yang kini berdepan dengan gergasi Asia itu dalam pertikaian perebutan beberapa pulau karang di Laut China Selatan, yang membentuk sebahagian daripada kawasan tumpuan perebutan beberapa negara Asia.

Ini merupakan lawatan negara yang ke-4 bagi Encik Obama.

Beliau sebelum ini telah melawat Jepun, Korea Selatan dan Malaysia.

Sepanjang lawatannya, Encik Obama telah berkali-kali mengingatkan negara-negara kecil agar tidak dibuli oleh negara lebih besar - satu bayangan jelas tentang sikap China.

"Pertikaian perlu dihuraikan secara aman, tanpa ugutan atau paksaan, dan... setiap negara mesti mematuhi peraturan dan norma antarabangsa," katanya. - AFP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3