SELEPAS lebih 18 tahun berlanjutan perang saudara di Afghanistan yang membabitkan pasukan tentera asing, akhirnya perdamaian mungkin bakal tiba di negara Asia itu.
Ini setelah dua pihak utama dalam perang itu - Amerika Syarikat dan pemberontak Taleban - menandatangani perjanjian yang bakal menyaksikan pengunduran penuh askar asing dari Afghanistan, khususnya askar Amerika dan sekutunya.