Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS selesai pindahkan tentera dari Afghanistan

Sep 01, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON/KABUL: Amerika Syarikat kelmarin mengumumkan bahawa pihaknya telah selesai memindahkan pasukan tenteranya dari Afghanistan setelah hampir 20 tahun ia menyerang negara itu menyusuli serangan pengganas ke atas Amerika pada 11 September 2001.



Sementara itu, seorang pegawai kanan Taleban mengatakan semalam bahawa pihaknya telah "membuat sejarah" setelah pasukan terakhir Amerika keluar dari negara itu.



"Kami mencatat sejarah lagi. Penjajahan 20 tahun di Afghanistan oleh Amerika Syarikat dan Nato (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) sudah berakhir," kata Encik Anas Haqqani, seorang pegawai kanan kumpulan itu di Twitter.



"Saya amat gembira bahawa setelah 20 tahun berjihad, berkorban dan keadaan sukar, saya merasa bangga melihat detik-detik bersejarah ini."



Jurucakap Taleban Qari Yusuf berkata:



"Tentera Amerika yang terakhir telah meninggalkan lapangan terbang Kabul dan negara kita kini memperoleh kemerdekaan sepenuhnya", lapor Al JazeeraTV kelmarin.



Dalam satu kenyataan selepas pengunduran itu, presiden Amerika, Encik Joe Biden, berkata dunia akan memegang pada komitmen Taleban untuk membenarkan jalan keluar selamat pada mereka yang ingin meninggalkan Afghanistan.



"Kini, kehadiran tentera kami selama 20 tahun di Afghanistan telah berakhir," kata Encik Biden, yang mengucapkan terima kasih kepada tentera Amerika kerana melakukan operasi pemindahan bahaya itu.



Operasi itu diselesaikan sebelum tarikh akhir semalam yang ditetapkan Encik Biden, yang telah mendapat kritikan hebat daripada kededua parti Demokrat dan Republican atas pengendaliannya berkaitan Afghanistan sejak Taleban mengambil alih Kabul pada awal Ogos.



Lebih 122,000 orang telah dipindahkan keluar dari Kabul sejak 14 Ogos, sehari sebelum Taleban - yang memberi perlindungan pada kumpulan militan Al-Qaeda yang dipersalahkan atas serangan 2001 di New York dan Washington - kembali menguasai negara itu.



Ketua diplomat Amerika di Afghanistan, Encik Ross Wilson, berada dalam pesawat penerbangan C-17 yang terakhir, ujar Jeneral Frank McKenzie, ketua perintah pusat Amerika, dalam satu taklimat berita Pentagon.



"Setiap anggota perkhidmatan Amerika kini sudah keluar dari Afghanistan. Saya boleh mengatakannya dengan kepastian 100 peratus," kata Jeneral McKenzie.



Dua pegawai Amerika mengatakan kakitangan 'diplomatik utama' adalah antara 6,000 warga Amerika yang telah dibawa keluar.



Dengan Taleban kini menguasai sepenuhnya Afghanistan, ia menghadapi cabaran menghidupkan semula ekonomi negara itu yang hancur ekoran peperangan berdekad lamanya tanpa bantuan asing bernilai berbilion dolar seperti yang diterima pemerintah sebelumnya yang disokong pihak Barat. - Reuters/AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >