Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS 'semak semula' hubungan dengan Arab Saudi

Perubahan dibuat berikutan kenaikan harga bahan api, pastikan Russia bertanggungjawab terhadap pencerobohan ke atas Ukraine
Jun 12, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dilaporkan sedang mengkaji untuk merombak semula hubungan mereka dengan sekutu kuatnya di rantau Asia Barat, Arab Saudi.



Agensi berita CNN yang memetik seorang pegawai kanan AS berkata, keputusan 'melihat semula' hubungan dua hala berkenaan turut dikatakan menunjukkan pendirian mengenai pembunuhan kejam kolumis Washington Post, Jamal Khashoggi empat tahun lalu.



Laporan risikan yang dikeluarkan secara terbuka oleh pentadbiran negara itu tahun lalu, menamakan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman, didakwa bertanggungjawab terhadap kematian Khashoggi di pejabat Konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2018.



Ia turut menyebut, mayat lelaki itu tidak pernah ditemui dan dipercayai dikerat-kerat sebelum dibuang sama ada ke dalam asid atau dibakar.



Namun, berdasarkan isu semasa seperti kenaikan harga bahan api, tekanan antarabangsa bagi memastikan Russia bertanggungjawab terhadap pencerobohan ke atas Ukraine, Presiden Biden bersedia meneruskan dan mengukuhkan hubungan dengan kerajaan Arab Saudi, lapor agensi berita Anadolu.



"Kedua-dua pihak memutuskan bahawa demi mencapai keamanan dan kestabilan di Asia Barat, kita perlu meninggalkan dan melupakan masa lalu," kata seorang pegawai kepada CNN, merujuk kepada pembunuhan Khashoggi.



Pegawai itu turut berkata, bahawa Arab Saudi juga sudah menganggap isu pembunuhan Khashoggi sudah berlalu dan perkara itu turut diberitahu kepada Washington.



Presiden Biden dijangka mengadakan lawatan rasmi ke Israel dan Arab Saudi bulan depan.



Namun, keputusan Presiden Biden untuk memulihkan semula hubungan AS dengan Arab Saudi tidak mendapat reaksi baik daripada daripada tunang Khashoggi, Cik Hatice Cengiz.



"Keputusan Presiden Biden untuk bertemu Putera Mahkota Arab Saudi (Mohammed bin Salman) amat mengecewakan saya serta penyokong kebebasan dan keadilan di mana-mana," katanya kepada CNN.



Sebelum ini hubungan AS dengan Arab Saudi tegang selepas negara itu mengkritik negara tanah Arab itu susulan insiden pembunuhan Khashoggi sekali gus mengancam hubungan strategik antara kedua-dua negara.



Biden sebelum ini turut menegaskan penekanan AS terhadap kepentingan hak asasi manusia sejagat dan kedaulatan undang-undang. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >