Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sembilan ditahan tunjuk perasaan jelang sidang kemuncak G7

Jun 26, 2022 | 12:45 PM



BERLIN: Sembilan orang ditahan ketika tunjuk perasaan di bandar raya Munich, Jerman pada Sabtu (25 Jun), menjelang sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7), lapor Sputnik memetik laporan akhbar Suddeutsche Zeitung.



Dua pegawai penguat kuasa dan beberapa penunjuk perasaan turut cedera, lapor akhbar itu.



Terdahulu, media Jerman yang memetik polis Munich melaporkan kira-kira 20,000 orang telah mendaftar untuk menyertai perhimpunan pada Sabtu itu, tetapi hanya 4,000 yang hadir dan menurut penganjur kira-kira 6,000 orang turur serta dalam demonstrasi itu.



Bantahan itu dianjurkan kumpulan aktivis iklim yang menuntut pemimpin dunia berusaha lebih keras untuk menghentikan penggunaan bahan api fosil, memelihara biodiversiti, mempromosikan keadilan sosial dan memerangi kelaparan.



Sidang kemuncak G7 akan diadakan di istana Bavaria Schloss Elmau bermula Ahad hingga Selasa.



G7 terdiri daripada Canada, Perancis, Jerman, Italy, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat.



Canselor Olaf Scholz, yang akan mempengerusikan sidang kemuncak itu selaku Jerman sebagai pengerusi, turut mempelawa Perdana Menteri India Narendra Modi, pemimpin Argentina, Indonesia, Senegal dan Afrika Selatan untuk menyertai sidang kemuncak berkenaan.



Sementara itu, Presiden Majlis Eropah Charles Michel dan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen serta delegasi organisasi antarabangsa, termasuk Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres akan menyertai sidang kemuncak itu secara maya. – Agensi Berita/Berita Harian Malaysia




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >