Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sembilan doktor mati akibat koronavirus di Filipina

Mar 26, 2020 | 06:24 PM



MANILA: Sembilan doktor telah meninggal dunia di Filipina akibat koronavirus, kata persatuan perubatan terkemuka negara itu pada Khamis (26 Mac) sedang hospital dibanjiri pesakit dan medik mengadu tentang kekurangan perlindungan di barisan hadapan.



Pengumuman kematian doktor itu meningkatkan ketakutan bahawa skala krisis kesihatan itu di Filipina jauh lebih teruk daripada yang dilaporkan secara rasmi, dengan 45 kematian akibat Covid-19 disahkan sejauh ini.


Pulau utama Luzon, yang mempunyai 55 juta penduduk, berada di bawah sekatan buat minggu kedua untuk membendung virus itu, namun medik memberi amaran terdapat peningkatan dalam jumlah kes.


"Sekiranya terpulang kepada saya, uji (pegawai) barisan hadapan dahulu dan uji mereka sekali lagi selepas tujuh hari. Doktor sendiri boleh menjadi pembawa (virus)," kata naib presiden Persatuan Perubatan Filipina, Dr Benito Atienza.


Kementerian Kesihatan Filipina pada Khamis mencatatkan tujuh kematian baru akibat koronavirus dan mengesahkan 71 jangkitan baru, menjadikan jumlah kes yang disahkan di negara itu sebanyak 707. - AFP/Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >