Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sempadan antarabangsa Australia dibuka kali pertama dalam Covid-19

Nov 02, 2021 | 05:30 AM



MELBOURNE: Australia melonggarkan sekatan sempadan antarabangsanya mulai semalam, kali pertama dalam pandemik Covid-19 ini, membenarkan orang awam sudah menjalani vaksinasi melakukan perjalanan dengan bebas dan membolehkan ramai keluarga bersatu kembali.



Negara itu mempunyai dasar sempadan Covid-19 antara yang paling ketat di dunia, yang melarang rakyatnya pulang atau meninggalkan negara itu, melainkan jika diberi pengecualian.



Selepas 18 bulan mengalami sekatan perjalanan, berjuta-juta rakyat Australia di Victoria, New South Wales dan Canberra sekarang bebas untuk melakukan perjalanan.



Penerbangan oleh syarikat penerbangan nasional Qantas Airways dari Los Angeles, Amerika Syarikat, mendarat di Sydney pada 6 pagi, kata syarikat penerbangan terbesar Australia itu.



Penerbangan tersebut adalah yang pertama dalam beberapa bulan lalu yang membolehkan warga Australia sudah mengambil vaksin Covid-19 keluar dari pesawat tanpa dikuarantin.



Pelawat antarabangsa juga tiba di Sydney melalui syarikat Singapore Airlines (SIA) semalam. Pelancong disambut oleh kakitangan syarikat penerbangan yang memegang sepanduk dan diberi hadiah bunga Australia serta biskut coklat.



Di Melbourne, meriam air menyambut sebuah pesawat SIA setelah ia mendarat.



Sedang penerbangan awal dihadkan kepada warga Australia, Penduduk Tetap (PR) dan keluarga mereka, ada rancangan membuka semula negara itu kepada pelancong dan pekerja antarabangsa.



Bendahari Australia, Encik Josh Frydenberg, memberitahu Australian Broadcasting Corp semalam perubahan perjalanan akan segera membantu ekonomi.



"Ia adalah hari untuk dirai - hakikat bahawa rakyat Australia boleh bergerak dengan lebih bebas masuk dan keluar dari negara kita tanpa kuarantin di rumah, jika mereka sudah divaksinasi dua kali," katanya.



Rakaman televisyen dan media sosial menunjukkan pertemuan keluarga penuh sebak, setelah peraturan perjalanan ketat sebelum ini melarang ramai orang menghadiri acara penting, termasuk majlis perkahwinan dan pengebumian. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >