Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Semua anggota Kabinet Umno kekal dalam kerajaan PN

Oct 30, 2020 | 01:36 AM



KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memutuskan, semua anggota Kabinet yang mewakili parti itu terus kekal dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).



Laman Berita Harian Malaysia (BH Online) menukil kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang berkata anggota Kabinet dari Umno beriltizam bagi terus menjaga kebajikan rakyat dan mempertahankan maruah parti.



"Umno terus kekal fokus dan konsisten dengan kenyataan yang sudah berkali-kali dikeluarkan mengenai pentingnya gencatan politik dan pedamaian nasional demi menangani wabak Covid-19, menjaga kebajikan rakyat, keamanan negara dan kestabilan politik.



"Umno juga ingin mengulangi dengan jelas bahawa kami menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu untuk terus memastikan pentadbiran negara diurus dengan baik berpandukan keluhuran undang-undang.



"Umno juga mengulangi pentingnya menghormati semangat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak membawa negara ke dalam darurat seperti yang dicadangkan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan pada dinihari Jumaat (30 Oktober).



Kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang diadakan di Menara Dato Onn selesai selepas mesyuarat selama empat jam.



Mengenai Belanjawan 2021, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata, Umno memperhalusi pelbagai pandangan dan harapan rakyat untuk diangkat kepada kerajaan termasuk isu perlanjutan moratorium, bantuan sara hidup kepada rakyat yang hilang punca pendapatan akibat Covid-19, bantuan kepada belia menganggur, bayaran khas pasukan hadapan dan beberapa inisiatif untuk meningkatkan pengembangan ekonomi negara.



Jelas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid lagi, Umno akan memastikan Belanjawan 2021 yang bermanfaat untuk rakyat dapat diluluskan.



"Maka sebarang tindakan mana-mana pihak yang mempersoalkan keputusan Umno dalam mendukung titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu adalah tidak bertanggungjawab dan amat dikesali.



"Sekiranya pendirian Umno dalam perkara ini masih dipersoalkan, Umno tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas demi untuk menjaga kedaulatan Raja-Raja dan kepentingan rakyat," katanya.



Justeru beliau berkata, Umno memutuskan supaya mandat rakyat dikembalikan bagi mewujudkan kerajaan yang stabil dengan mengadakan pilihan raya umum selepas pandemik Covid-19 dapat dikawal dan berada di peringkat minimum.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >