Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:08
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Dunia

Semua AP Umno, Pas sokong Muhyiddin kekal sebagai Perdana Menteri

May 15, 2020 | 07:40 AM

KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen Umno dan Pas akan memberikan sokongan penuh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal mentadbir negara sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dalam satu kenyataan bersama lewat malam tadi, Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa, dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, menjelaskan bahawa pendirian itu selaras keputusan Muafakat Nasional untuk menyokong kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin.

Katanya, keputusan itu dicapai secara sepakat oleh Muafakat Nasional dalam satu mesyuarat khas pucuk pimpinan yang dihadiri Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Setiausaha Agung kedua-dua parti.

"Muafakat Nasional sepakat memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Selari dengan keputusan itu, semua Ahli Parlimen Umno dan Pas memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia," menurut kenyataan itu.

Isu sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kembali diperkatakan selepas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, memaklumkan menerima usul undi tidak percaya terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu, Jumaat lalu.

Usul itu dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 4 Mei lalu bawah Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3).

Semalam, Mohamad Ariff memaklumkan, Dewan Rakyat tidak bersidang selepas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada majlis perasmian mesyuarat pertama, penggal ketiga, Parlimen ke-14, Isnin ini.

Beliau menjelaskan, kerajaan memutuskan perkara itu berikutan penularan wabak Covid-19 di negara ini masih belum reda sepenuhnya. - BHM

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian