Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Semua menteri Umno kekal dalam kabinet: Muhyiddin

Terdapat sembilan menteri dan lima timbalan menteri daripada Umno dalam Kabinet ketika ini, peletakan jawatan akan jejas usaha atasi Covid-19 dan pemulihan ekonomi
Apr 01, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata semua menteri daripada Umno akan terus kekal berada dalam Kabinet hasil kesepakatan yang dicapai.



Beliau berkata hasil kesepakatan itu, Kabinet akan berfungsi seperti biasa dan segala inisiatif kerajaan akan terus dilaksanakan seperti yang dirancang.



"Menteri-menteri Umno menemui saya pada Isnin lalu. Mereka meminta nasihat saya mengenai kedudukan mereka di dalam Kabinet, berikutan keputusan Perhimpunan Agung Umno bahawa parti itu akan memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).



"Saya menasihati mereka supaya terus kekal berada di dalam Kabinet. Ini mengambil kira kepentingan rakyat dan negara.



"Alhamdulillah, atas nasihat yang saya berikan, kesepakatan dicapai bahawa semua menteri Umno akan terus kekal berada di dalam Kabinet," katanya dalam satu kenyataan semalam.



Terdapat sembilan menteri dan lima timbalan menteri daripada Umno dalam Kabinet ketika ini.



Tan Sri Muhyiddin berkata pada masa ini tumpuan kerajaan adalah untuk memerangi Covid-19, melaksanakan program imunisasi kebangsaan dan memulihkan ekonomi negara.



Jelasnya, beberapa orang menteri daripada Umno memegang portfolio penting yang berkaitan dengan fokus kerajaan pada masa ini.



"Justeru, saya tidak mahu peletakan jawatan mereka daripada Kabinet menjejas segala perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.



"Dengan kesepakatan ini, saya memberi jaminan bahawa Kabinet akan berfungsi seperti biasa dan segala inisiatif kerajaan akan terus dilaksanakan seperti yang dirancang," katanya.



Perhimpunan Agung Umno 2020 pada Ahad lalu meluluskan usul supaya tiada kerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya akan datang dan kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) diteruskan hingga pembubaran Parlimen.



Usul Ucapan Dasar Presiden itu diluluskan sebulat suara.



Menyusuli keputusan itu, beberapa menteri Umno mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Putrajaya Isnin lalu, difahamkan bagi membincangkan isu perletakan jawatan.



Pertemuan itu berlangsung hampir sejam sebelum kenderaan membawa menteri terbabit dilihat meninggalkan kompleks Pejabat Perdana Menteri pada 6.45 petang.



Sementara itu, bekas presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata pemilihan Umno sebelum pilihan raya umum akan datang boleh membawa keretakan dan memecah-belahkan parti selain membolehkan calon yang kalah 'dicuri' oleh parti lain.



Bekas perdana menteri Malaysia itu menambah, banyak pihak sedang menunggu untuk melemahkan Umno dengan cara sedemikian.



"... dia (parti lain) akan tunggu pemilihan dalam Umno, jadi serpihan daripada mereka yang kalah itu akan dipelawa atau dipujuk atau ditawar untuk masuk parti mereka," katanya kepada pemberita kelmarin.



Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan bekas Ketua Pemuda Umno, Encik Khairy Jamaluddin, yang mahu pucuk pimpinan Umno mengadakan pemilihan parti itu dengan segera bagi menyelesaikan kemelut dalamannya.



Encik Khairy berkata pemilihan seharusnya dijalankan tahun ini tanpa perlu menunggu selepas pilihan raya akan datang. - BHM, Malaysiakini.



CAPAI KATA SEPAKAT



"Menteri-menteri Umno menemui saya pada Isnin lalu. Mereka meminta nasihat saya mengenai kedudukan mereka di dalam Kabinet, berikutan keputusan Perhimpunan Agung Umno bahawa parti itu akan memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Saya menasihati mereka supaya terus kekal berada di dalam Kabinet. Ini mengambil kira kepentingan rakyat dan negara.

Alhamdulillah, atas nasihat yang saya berikan, kesepakatan dicapai bahawa semua Menteri Umno akan terus kekal berada di dalam Kabinet...

Dengan kesepakatan ini, saya memberi jaminan bahawa Kabinet akan berfungsi seperti biasa dan segala inisiatif kerajaan akan terus dilaksanakan seperti yang dirancang."

- Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >