Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:29
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Dunia0

Semua negeri di M'sia kecuali Sarawak dikena kawalan pergerakan

Jan 22, 2021 | 05:30 AM

KUALA LUMPUR: Seluruh Malaysia, kecuali Sarawak, akan dikenakan sekatan Covid-19 mulai hari ini, dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa di enam lagi negeri menyusuli kenaikan dalam jumlah kes koronavirus di sana.

Enam negeri yang dikenakan PKP sehingga 4 Februari itu ialah Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini berkata pelaksanaan PKP di negeri-negeri tersebut diambil atas nasihat Kementerian Kesihatan.

Sebelum ini, PKP bersyarat dilaksanakan di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan Terengganu manakala Perlis pula dikenakan fasa pemulihan PKP.

Malaysia melaporkan 4,008 kes Covid-19 baru kelmarin - jumlah kes harian kedua tertinggi sejak pandemik itu bermula.

Berita Popular

Jumlah kes keseluruhan kini melebihi 169,000, dengan 630 orang terkorban sejauh ini.

Dalam pada itu, seorang lagi menteri diuji positif bagi virus itu di tengah-tengah tuduhan bahawa anggota Kabinet telah melanggar peraturan PKP.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique, dari Umno, disahkan positif pada Selasa lalu.

"Datuk Halimah kini akan menjalani rawatan dan kuarantin seperti diarahkan. Keadaannya akan dipantau pihak berkuasa kesihatan di Johor Bahru," menurut kementerian itu dalam kenyataannya.

"Semasa menjalani kuarantin, menteri itu akan terus memantau ehwal Kementerian Perpaduan Negara demi memastikan semua kegiatan berjalan lancar," tambahnya.

Beliau adalah menteri Kabinet kelima diuji positif bagi virus itu.

Satu laporan berita pada Ahad lalu mengetengahkan delegasi rentas negara yang diterajui seorang menteri kanan dan pemimpin lain daripada parti Perikatan Nasional di beberapa acara yang melibatkan perhimpunan besar.

"Ini dengan jelas melanggar... larangan ke atas mesyuarat kerajaan dan agensi privet melibatkan wakil agensi luar, dan juga larangan ke atas acara yang melibatkan ramai orang di kawasan di bawah PKP," kata ketua belia parti pembangkang Parti Keadilan Rakyat, Encik Akmal Nasrullah Mohd Nasir, dalam satu kenyataan.

Beliau tidak menyebut nama, tetapi dipercayai beliau merujuk kepada satu lawatan yang dilakukan Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dan delegasinya dari Selangor ke Johor.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map