Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Senat Belanda lulus larangan separa pemakaian burqa

Jun 27, 2018 | 04:23 PM



AMSTERDAM: Dewan Senat Belanda hari ini meluluskan undang-undang mengharamkan pemakaian penutup muka di bangunan awam seperti sekolah, pejabat kerajaan dan hospital.



Dewan rendah Parlimen meluluskan rang undang-undang itu pada 2016 selepas cubaan melaksanakan larangan umum ke atas pemakaian burqa dan penutup muka lain, gagal dilakukan.



Undang-undang baharu itu melarang pemakaian semua penutup muka termasuk topi keledar penunggang motorsikal dan topeng ski di bangunan awam namun bukan di jalanan.



Undang-undang itu dikhususkan sebagai cara menjadikan sekolah, hospital dan pengangkutan awam lebih selamat, namun pengkritik berkata, ia hanya menyasar untuk mengharamkan pemakaian penutup muka seperti niqab dan burqa.



Badan penasihat utama kerajaan Belanda pada 2015 berkata, pilihan memakai penutup muka itu dilindungi hak perlembagaan terhadap kebebasan beragama dan melihat tiada alasan mengehadkan hak itu.



Ia juga berkata, undang-undang itu tidak perlu oleh kerana hanya 200 hingga 400 wanita di The Netherlands memakai burqa atau niqab, menjadikannya mustahil menimbulkan masalah besar di sekolah, hospital dan pengangkutan awam.



Langkah menentang pemakaian penutup muka itu antara lain sudah diambil di Belgium, Perancis, Denmark dan Sepanyol. -Reuters

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >