Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Senat sahkan Antony Blinken setiausaha negara Biden

Jan 28, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat kelmarin, dengan mudah merasmikan Encik Antony Blinken sebagai setiausaha negara malah dengan ahli utama pihak pembangkang Parti Republikan menyokongnya.



Encik Blinken, yang sudah lama bertugas selaku penasihat Presiden Joe Biden dan berjanji memperbaiki hubungan Amerika dengan negara bersekutu yang lain, berjaya memperolehi 78-22 undi.



Kejayaan beliau jauh berbeza berbanding kededua setiausaha negara di bawah pimpinan mantan Presiden Donald Trump, Encik Mike Pompeo dan Encik Rex Tillerson.



Kejayaan mereka dalam undian tidak semudah Encik Blinken dengan kebanyakan ahli Demokrat menentang mereka.



Ahli Senat Republikan yang menyokong Encik Blinken termasuk dua rakan terdekat Encik Trump bagi ehwal dasar luar negara.



Mereka ialah Encik Marco Rubio - pengkritik tegar pemerintah berhaluan kiri di Cuba dan Venezuela - serta Encik Lindsey Graham yang mempunyai pandangan tegas terhadap Syria dan Iran.



Senator James Risch, ahli tertinggi Parti Republikan bagi Jawatankuasa Senat Ehwal Luar, menggesa agar rakan separti beliau menyokong Encik Blinken meskipun terdapat pertentangan pendapat antara mereka.



"Kami perlukan setiausaha negara. Beliau merupakan orang terbaik untuk tugas itu," kata Encik Risch di dewan Senat.



Encik Risch berkata beliau tidak menyokong cadangan Encik Blinken untuk mengembalikan perjanjian nuklear bersama Iran, yang mana Encik Trump menarik Amerika keluar daripada perjanjian itu.



Namun Encik Risch bersetuju dengan pandangan Encik Blinken terhadap Turkey, rakan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) yang mengecewakan ramai penggubal undang-undang Amerika selepas ia membeli sistem senjata dari Russia.



Dalam ucapannya semasa perasmian beliau minggu lalu, Encik Blinken juga berkata, beliau menyokong tindakan tegas Encik Trump terhadap China.



Tambah Encik Blinken, beliau tidak akan mengubah keputusan Encik Trump dengan memindahkan kedutaan Amerika di Israel ke Baitulmakdis.



Senator Robert Menendez yang merupakan ahli Demokrat tertinggi dalam jawatankuasa berkenaan, menyambut baik keupayaan Encik Blinken dalam mendekati para penggubal undang-undang negara di serata lingkungan politik Amerika.



"Saya yakin beliau merupakan orang yang terbaik dalam memperbaiki dan membina hubungan kami dengan rakan negara lain serta mengeratkan hubungan antara Jabatan Negara dengan Kongres," kata Encik Menendez. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >