Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:06
Dunia

Seorang cedera dalam serangan kapak, tembakan di Jerman

Aug 15, 2016 | 03:04 PM

BERLIN: Seorang cedera dalam satu serangan pisau dan tembakan di pusat bandar Cologne pada awal pagi Isnin (15 Ogos), lapor sebuah akhbar Jerman, Express, sambil menambah dua suspek melarikan diri.

Akhbar itu berkata beberapa orang memberitahu polis sejurus sebelum 4 pagi bahawa tiga atau empat orang seolah-olah ada masalah dengan seorang lelaki lain.

Saksi melaporkan melihat lelaki itu menyerang antara satu sama lain dengan kapak, lapor Express di laman webnya.

Seorang lelaki yang mengalami luka tikaman cuba melarikan diri di dalam kereta tetapi lelaki lain menembaknya, namun hanya mengena kereta itu.

Dua suspek kemudian ditahan polis. Motif serangan tidak diketahui, kata akhbar itu. - Reuters

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian