Seorang lagi pegawai polis Amerika ditembak di muka dalam serang hendap

ST LOUIS (Missouri): Seorang pegawai polis St Louis ditembak dua kali di muka dan cedera parah pada Ahad (20 Nov), dalam satu serang hendap semasa beliau duduk di dalam kereta ronda, kata polis.

Ketua Polis St Louis, Encik Sam Dotson, berkata pegawai itu ditembak apabila sebuah kereta berwarna perak berhenti di sebelah kereta rondanya di sebuah simpang dan seseorang melepaskan tembakan sebelum beredar.

Pegawai itu berada dalam keadaan sedar dan dapat bercakap selepas serangan tersebut, kata Encik Dotson.

Serangan itu berlaku beberapa jam selepas serang hendap sama di San Antonio, Texas, apabila seorang detektif polis ditembak sedang beliau duduk di dalam kereta rondanya sambil menulis surat saman bagi satu kesalahan trafik.

Seperti kejadian di Texas, pegawai St Louis itu ditembak sebelum beliau sempat bertindak balas, kata Encik Dotson.

Kejadian itu berlaku di sebuah daerah bernama St Louis Hills, iaitu kawasan perumahan rapi yang biasanya tenang, dengan sekitar 315,000 penduduk.

Kejadian itu masih tidak jelas dan polis tidak menyatakan motif serangan tersebut.

Pegawai itu dikatakan bapa tiga anak, tetapi namanya tidak segera didedahkan kepada umum. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29
3 HR PSI: 40
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.