KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia yang menyertai militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di Syria terbunuh dalam satu pertempuran dengan tentera Presiden Bashar al-Assad di negara bergolak itu.
Dalam kejadian terbaru itu, mangsa dikenali sebagai Muhammad Afiq Heusen Rahizat, 25 tahun, atau digelar Abu Dubais, menurut laporan Utusan Malaysia semalam.