Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Seorang maut, empat cedera parah; satu lagi kes tembakan rambang di AS

Susuli kes pertama pada hujung minggu yang ragut 10 nyawa dalam insiden di New York yang dianggap 'jenayah kebencian'
May 17, 2022 | 05:30 AM



LOS ANGELES: Sekurang-kurangnya seorang terkorban manakala empat lagi cedera parah dalam satu lagi insiden tembakan rambang - kali ini di sebuah gereja di Selatan California, Amerika Syarikat kelmarin.



Memetik laporan portal antarabangsa, suspek berjaya ditahan pihak berkuasa.



Insiden tembakan yang berlaku di Gereja Geneva Presbyterian di Laguna Woods - sebuah bandar yang menempatkan 16,000 penduduk - merangkumi komuniti yang sudah bersara berusia 55 tahun ke atas.



Pihak berkuasa memaklumkan, panggilan kecemasan diterima dari Gereja Geneva Presbyterian pada sekitar tengah hari kelmarin.



Kesemua mangsa difahamkan orang dewasa dan mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.



Menurut Jabatan Polis Orange County, seorang mangsa terkorban di tempat kejadian.



Jabatan itu berkata, pihaknya menahan seorang individu dan merampas senjata yang disyaki digunakan dalam insiden berkenaan.



Bagaimanapun, pihak berkuasa California masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung motif insiden tersebut.



Ini merupakan insiden tembakan kedua hujung minggu lalu di Amerika.



Ia menyusul insiden seumpama berlaku di Buffalo, New York, pada Sabtu yang mengorbankan 10 mangsa dan mencederakan tiga yang lain selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di kedai Tops Friendly Markets di Buffalo.



Penyerang, belia lelaki kulit putih berusia 18 tahun dikenali Payton Gendron, berjaya ditahan dan dilaporkan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan pembunuhan tahap pertama selepas dihadapkan ke mahkamah.



Insiden tersebut disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai serangan perkauman dengan Presiden Amerika, Encik Joe Biden, mengutuk insiden yang berlaku di sebuah pasar raya di Buffalo, New York, itu.



"Jenayah kebencian bermotifkan perkauman adalah menjijikkan dalam struktur negara ini.



"Sebarang tindakan keganasan domestik, termasuk perbuatan yang dilakukan atas nama ideologi nasionalis kulit putih adalah menjijikkan, bertentangan dengan apa yang kami perjuangkan di Amerika.



"Kita mesti melakukan segala-galanya untuk menamatkan keganasan domestik yang didorong kebencian," lapor agensi berita itu yang memetik kenyataan Encik Biden.



Dalam insiden di New York itu. si penyerang dilaporkan mengenakan pakaian ala tentera serta baju kalis peluru sambil menyiarkan secara langsung serangan itu di platform alam maya.



Dari mangsa-mangsa itu, seramai 11 merupakan warga Afrika-Amerika manakala dua berkulit putih, menurut Pesuruhjaya Polis Buffalo Joseph Gramaglia. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >