Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Seorang parah dalam suspek serangan pengganasan di varsiti Ohio, penyerang pelajar Somalia

Nov 29, 2016 | 10:00 AM



COLUMBUS (Ohio): Seorang pelajar keturunan Somalia merempuh pejalan kaki dengan keretanya di Universiti Negeri Ohio (OSU) dan kemudian menyerang mereka dengan pisau daging pada Isnin (28 Nov), mencederakan sembilan orang sebelum dia ditembak mati oleh polis.



Suspek dikenal pasti sebagai seorang pelajar OSU bernama Abdul Razak Ali Artan.



Ketua Polis Columbus Kim Jacobs berkata penyiasat sedang menimbangkan "kemungkinan" tindakan mengamuk itu, yang menyebabkan seorang dalam keadaan kritikal, adalah serangan pengganasan.



Serangan tersebut mencetuskan keadaan tegang dengan tiada orang dibenarkan keluar atau masuk kampus utama universiti itu dan pelajar yang panik bersembunyi dalam bilik mandi sebelum keadaan diisytiharkan selamat.



Sejurus sebelum 10 pagi (11 malam waktu Singapura), polis dimaklumkan bahawa sebuah kereta merempuh pejalan kaki di kampus dan pemandu itu melompat keluar dengan memegang pisau besar, kata para pegawai dalam satu sidang akhbar.



"Dia keluar dari kenderaan itu, dan menggunakan pisau pemotong daging untuk mengelar pejalan kaki," kata Encik Craig Stone, ketua polis di universiti itu.



"Pegawai kami berada di tempat kejadian dalam masa kurang satu minit dan beliau menamatkan keadaan itu dalam masa kurang satu minit. Beliau berdepan dengan suspek, dan beliau menghapuskan ancaman itu," tambah Encik Stone.



Encik Jacobs berkata tiada tanda ada suspek lain, walaupun cerita oleh saksi mencadangkan beberapa penyerang terlibat.



Universiti itu berkata Artan seorang pelajar berusia 18 tahun dan merupakan pelarian Somalia yang mendapat status penduduk tetap Amerika.



Kejadian itu berlaku dua bulan selepas seorang pendatang Somalia menikam 10 orang di sebuah pusat beli-belah di Minnesota, sebelum dia ditembak oleh seorang pegawai polis.



Penyerang Minnesota itu, Dahir Ahmed Adan, 20 tahun, digambarkan sebagai "radikal", dan kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) mendakwa serangan tersebut dilakukan oleh "askar"nya.



Pelajar OSU, antara universiti terbesar di Amerika, menggambarkan keadaan kelam kabut dan panik semasa serangan itu.



Seorang pelajar yang tidak dinamakan dipetik oleh media sebagai berkata para pelajar meninggalkan sebuah bangunan akibat penggera kebakaran, apabila seorang lelaki "mula mengelar mereka" dengan pisau.



"Ada satu atau dua orang dalam sebuah kereta dan mereka cuba merempuh orang ramai," katanya.



"Seorang melompat keluar dari kereta itu dan mengelar orang ramai."



Pihak berkuasa mengisytiharkan keadaan selamat sejurus selepas 11.30 pagi, kurang dua jam kemudian.



Sembilan orang dikejarkan ke hospital, dengan lapan dalam keadaan stabil dan seorang kritikal.



Encik Andrew Thomas, ketua pegawai perubatan di pusat perubatan Negeri Ohio Wexner, berkata empat orang dirawat kerana kesan tikaman dan empat kerana cedera dilanggar kereta, sementara seorang masih dinilai.



OSU mempunyai kira-kira 60,000 pelajar di kampus utamanya di Columbus. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >