Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Separuh aset $240j yang dirampas Singapura berkaitan siasatan 1MDB milik Jho Low dan familinya

Jul 21, 2016 | 02:24 PM



KIRA-KIRA separuh daripada aset bernilai sekitar $240 juta yang disita pihak berkuasa Singapura dalam siasatan berhubung aliran pelbagai dana syarikat pelaburan kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), adalah milik jutawan Malaysia, Encik Low Taek Jho, dan keluarga terdekatnya.



Ini didedahkan pada Khamis ( 21 julai) oleh Pejabat Peguam Negara, Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dalam satu kenyataan sebagai respons pada tindakan yang diambil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion yang menurutnya dibeli menggunakan wang 1MDB.



Encik Low, 34 tahun, yang sering dirujuk sebagai Jho Low, pemilik syarikat Good Star, yang menerima AS$1.03 bilion daripada 1MDB, yang dimiliki bersama PetroSaudi International Ltd, rakan usahasama 1MBD.



Menurut tuntutan mahkamah DOJ yang difail pada 20 Julai, sebahagian daripada wang 1MDB itu dipesongkan Encik Low daripada Good Star ke Red Granite bagi membiayai penghasilan filem 'The Wolf of Wall Street', sebuah filem mengenai keruntuhan dan ketamakan yang dibintangi seorang bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio.



Anak tiri Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, Encik Riza Aziz, pengasas Red Granite. Encik Low mendapat kredit pada skrin filem itu dan disebut dalam ucapan Golden Globes pelakon tersebut.



Kira-kira AS$1.03 bilion dipesongkan daripada 1MDB ke Good Star antara 30 Sep 2009 dan 25 Okt 2011.



Encik Low dikenali kerana berpesta dengan selebriti Hollywood seperti Lindsay Lohan dan Paris Hilton.



Beliau dilahirkan di Pulau Pinang dan belajar di Harrow School di Britain serta Universiti Wharton School di Pennsylvania.



Dalam tuntutan mahkamah itu, pihak berkuasa Amerika mengaitkan kebanyakan estet mewah yang didakwanya dibeli dengan menggunakan dana 1MDB, dengan Encik Aziz dan Encik Low.



Tidak diketahui di mana Encik Low berada sekarang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >