Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Serangan Belgium: Pengebom adik-beradik, ada rekod jenayah

Mar 23, 2016 | 3:44 PM
-

BRUSSELS: Dua pengebom berani mati yang melakukan serangan di Lapangan Terbang Brussels pada Selasa (22 Mac) adalah adik-beradik Khalid dan Brahim El Bekraoui, lapor penyiar awam RTBF, yang memetik sumber tidak dinamakan.

Dua penduduk Brussels itu diketahui polis kerana pernah melakukan jenayah.

Khalid menyewa sebuah flat di bawah nama palsu di kota kecil Forest di ibu negara Belgium itu, di mana polis membunuh seorang lelaki bersenjata dalam satu serbuan minggu lalu, menurut RTBF.

Selepas serbuan itu, para penyiasat menemui bendera kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), senapang serangan, peledak dan cap jari suspek utama serangan Paris, Salah Abdeslam, yang ditahan tiga hari kemudian dalam satu lagi serbuan.

Adik-beradik itu mempunyai rekod jenayah, tetapi tidak dikaitkan oleh polis dengan pengganasan sehingga serangan di Brussels, kata RTBF.

Polis Belgium sedang memburu seorang lagi suspek, yang dilihat bersama dua pengebom itu tidak lama sebelum mereka menyerang Lapangan Terbang Brussels, yang pertama dalam dua serangan yang turut menjejaskan stesen kereta api metro di bandar itu, yang membunuh sekurang-kurangnya 30 orang dan mencederakan lebih 200. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg