Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serangan di London: Rakyat Singapura elakkan kawasan Westminster

Mar 23, 2017 | 09:07 AM



RAKYAT Singapura di London berkata mereka masih berasa selamat tetapi akan mengelakkan kawasan Westminster berikutan serangan di sana pada Rabu (22 Mac) yang menyebabkan sekurang-kurangnya lima terbunuh.



Encik Jaron Soh, 24 tahun, seorang pelajar di Sekolah Ekonomi dan Sains Politik London, berkata beliau mendapat tahu tentang serangan itu sekitar 3 petang waktu London, sejurus selepas kejadian itu berlaku.



"Pada mulanya saya tidak berfikir banyak mengenainya, dan melihatnya sebagai kes kecil dan terpencil. Pihak berkuasa ketika itu tidak menyifatkannya sebagai satu serangan pengganas. Ia kemudian menjadi insiden besar. Jadi menjadi sedikit terkejut," kata beliau.



Menurutnya, serangan itu berlaku hanya kira-kira satu kilometer dari sekolahnya.



Beliau berkata beberapa bahagian Westminster kini ditutup dan pihak berkuasa mengarahkan trafik menjauhi kawasan itu.



"Saya akan menjauhi kawasan (Westminster) buat sementara dan juga lain-lain kawasan sesak seperti Oxford Street seperti biasa. Selain itu saya tidak berasa London kurang selamat."



Cik Liew Wan Jane, 24 tahun, seorang pelajar di University College London, berkata beliau akan berjalan-jalan sebagai langkah keselamatan.



"Saya tentunya prihatin tetapi berdasarkan laporan berita setakat ini, keadaan kelihatan terkawal."



Perunding Cara Jonathan Neo, 25 tahun, berkata keselamatan berhampiran pejabatnya di kawasan Canary Wharf telah dipertingkatkan. Semua kereta yang meninggalkan dan memasuki kawasan tersebut diperiksa.



Pejabatnya memberitahu kakitangan bahawa ia adalah langkah berhati-hati dan memberi jaminan bahawa tidak terdapat tanda kawasan itu mengalami risiko.



"Orang ramai hanya terkejut ia berlaku," ujarnya.



Penyerang berkenaan dikatakan telah ditembak polis di luar bangunan Parlimen Britain. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >