Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serangan di masjid Quebec: Lelaki didakwa bunuh 6 orang

Jan 31, 2017 | 07:33 AM



TORONTO: Seorang mahasiswa Perancis-Canada menjadi suspek tunggal dalam tembakan di sebuah masjid di Quebec City dan dia dikenakan tuduhan melakukan pembunuhan dirancang terhadap enam orang, kata pihak berkuasa Canada pada Isnin (30 Jan), dalam apa yang Perdana Menteri Justin Trudeau sifatkan sebagai "satu serangan pengganasan".



Dokumen mahkamah mengenal pasti lelaki bersenjata dalam serangan pada semasa solat pada Ahad malam lalu itu sebagai Alexandre Bissonnette. Dia juga didakwa dengan lima pertuduhan cuba membunuh, menurut dokumen mahkamah.



Antara enam lelaki yang terbunuh ialah penjual daging, profesor universiti, ahli farmasi dan akauntan, menurut polis dan media Canada.



Polis enggan membincangkan apa yang mungkin menjadi motif serangan di Pusat Budaya Islam Québec itu.



"Mereka menganggap ini kejadian serangan oleh seorang pelaku," kata satu sumber Canada yang tahu mengenai keadaan itu.



Di Washington, pakar keselamatan pemerintah Amerika Syarikat bersandar pada pandangan lelaki bersenjata itu kemungkinan besar didorong kebencian terhadap umat Islam, kata sumber pemerintah yang tahu mengenai laporan rasmi.



Seorang lelaki berketurunan Maghribi yang turut ditahan kini dianggap sebagai saksi, walaupun warganegaranya belum diketahui, kata sumber Canada itu.



Encik Trudeau memberitahu Parlimen di Ottawa: "Jangan silap, ini adalah serangan pengganasan."



Beliau menambah mesej peribadi kepada umat Islam Canada yang seramai satu juta: "Ketahuilah kami menghargai anda. Anda memperkaya negara yang kita kongsi ini dalam cara yang tidak terhingga. Ia rumah anda. Jenayah dahsyat malam tadi terhadap masyarakat Islam adalah satu tindakan pengganasan yang dilakukan terhadap Canada dan terhadap semua rakyat Canada. Kami akan berasa sedih hati bersama anda. Kami akan membela anda. Kami akan menyayangi anda. Dan kami akan bersatu dengan anda."



Selain enam korban, lima orang cedera parah dan 12 dirawat kerana cedera ringan, seorang jurucakap Hospital Universiti Quebec City. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >