Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Serangan hotel di Kabul berakhir, enam maut

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Serangan hotel di Kabul berakhir, enam maut

Jan 21, 2018 | 05:02 PM

KABUL: Drama tebusan dalam serangan ke atas Hotel Intercontinental di sini berakhir dengan sekurang-kurangnya enam termasuk seorang warga asing maut.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Najib Danish, memberitahu Tolo News, pasukan keselamatan Afghanistan membunuh empat penyerang ketika rampasan bermula malam kelmarin.

Kepungan ke atas hotel mewah itu mencetuskan pertempuran 12 jam dengan pasukan keselamatan, menyaksikan penghuni terperangkap dalam hotel terkenal itu.

Ada penghuni dilihat memanjat balkoni untuk menyelamatkan diri selain sebahagian bangunan terbakar.

"Serangan sudah berakhir. Lima rakyat Afghanistan dan seorang warga asing terbunuh," kata jurucakap Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nasrat Rahimi kepada AFP, menambah kira-kira 150 orang diselamatkan termasuk lebih 40 rakyat asing.

Beliau berkata mayat warga asing, seorang wanita, ditemui di tingkat enam ketika penyerang terakhir dibunuh.

Namun seorang pegawai agensi perisikan Afghanistan memaklumkan, serangan 'belum berakhir' dengan penyerang masih melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan.

Imej dramatik disiarkan Tolo News menunjukkan asap hitam tebal dan api marak di tingkat atas Hotel Intercontinental setinggi enam tingkat, namun ia bukan sebahagian rangkaian global InterContinental. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3