Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serangan Paris: EU akan bermesyuarat pada Jumaat bagi selaras tindakan

Nov 16, 2015 | 11:43 AM



LUXEMBOURG: Menteri dalam negeri Kesatuan Eropah (EU) akan mengadakan perbincangan krisis di Brussels pada Jumaat (20 Nov) untuk menangani isu keselamatan yang ditimbulkan oleh serangan maut Paris, umum Luxembourg, yang sekarang memegang jawatan presiden EU.


"Apabila berhadapan dengan kekejaman dan pengganasan, Eropah berdiri bersatu dengan Perancis," kata Menteri Keselamatan Luxembourg, Encik Etienne Schneider.


Kumpulan militan Negara Islam di Iraq and Syria (ISIS) telah mendakwa melakukan siri serangan yang diselaraskan di Paris pada Jumaat lalu (13 Nov), mengorbankan sekurang-kurangnya 129 orang.


Encik Schneider, yang juga Timbalan Perdana Menteri Luxembourg, berkata keputusan mengadakan mesyuarat "luar biasa" menteri dalam negeri dan keadilan EU itu diambil bersama pihak berkuasa Perancis, menurut satu kenyataan Luxembourg.


Pada Ahad, Encik Schneider menemui Menteri Dalam Negeri Perancis, Encik Bernard Cazeneuve, dan Pesuruhjaya Dalam Negeri dan Migrasi Eropah, Encik Dimitris Avramopoulos, di Paris "untuk menyelaras tindakan segera Eropah sebagai tindak balas terhadap serangan itu dan bagi mencegah serangan masa depan", umum mereka.


"Rakyat Eropah mengharapkan tindak balas cepat, konkrit dan berkesan daripada Kesatuan Eropah," tambah mereka dalam satu kenyataan bersama.


Mesyuarat pada Jumaat bertujuan menyediakan "tindak balas kuat dan bersatu Eropah", kata mereka. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >