Serbia pulangkan biola mahal yang dicuri kepada Perancis

BELGRADE - Hampir dua tahun selepas dicuri, biola bernilai euro 300,000 ($452,437.25) yang ditemui di Serbia akan dipulangkan kepada pemiliknya tidak lama lagi selepas ia diserahkan kepada pihak berkuasa Perancis di Belgrade, kedutaan Perancis, pada Khamis.

Instrumen berharga itu hilang dari sebuah rumah di Paris dalam satu kejadiah pecah masuk pada 8 Jun 2015.

Pencuri juga mengambil pakaian dan barang kemas, tetapi biola itu adalah objek paling berharga, menurut sumber yang rapat dengan siasatan.

Ia dibuat oleh Filippo Fasser, seorang lelaki Italy terkenal yang memberi maklumat penting kepada penyiasat Perancis bagi menyelesaikan kes itu.

Tidak sampai sebulan selepas kejadian pecah rumah masuk itu, beliau menerima e-mel daripada seorang koresponden misteri Serbia yang mahu biola itu dinilai, dan melampirkan gambar biola itu.

Fasser menghubungi seorang rakan di Paris yang kemudian memaklumkan pemiliknya.

Ketika dihubungi oleh rakan Perancis mereka, polis Serbia mengenal pasti penghantar e-mel yang berasal dari Prijepolje, sebuah bandar kecil negara Balkan itu.

Biola itu ditemui dan akan dipulangkan kepada pihak berkuasa Perancis di Belgrade.

Semasa majlis penyerahan itu pada pada Rabu, Menteri Dalam Negeri Serbia Nebojsa Stefanovic dan duta Perancis ke Belgrade, Christine Moro, memuji kerjasama polis negara mereka, menurut kenyataan kedutaan.

Sebelum ini, polis Serbia juga menemui sebuah lukisan juga dicuri dari Perancis dan telah dipulangkan. - AFP.