Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Dunia3

KORONAVIRUS: PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MALAYSIA

Serbu stesen pengangkutan, balai polis untuk keizinan balik kampung

Sesak akibat ramai pelajar, orang ramai mahu dapatkan borang rentas negeri sebelum kawalan pergerakan berkuat kuasa malam kelmarin
Mar 19, 2020 | 05:30 AM

KUALA LUMPUR: Menjelang tengah malam kelmarin, apabila Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia mula berkuatkuasa bagi membendung penularan wabak Covid-19, beberapa stesen pengangkutan awam dan balai polis menjadi tumpuan orang ramai yang mahu bergerak pulang ke kampung halaman.

Malah ramai penduduk juga berpusu-pusu meninggalkan Lembah Klang untuk balik kampung sebelum perintah itu berkuat kuasa.

Tindakan mereka berpusu-pusu menyerbu balai-balai polis dan stesen pengangkutan awam seperti Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sehingga menimbulkan kesesakan ialah untuk mendapatkan borang rentas negeri bagi membolehkan mereka bergerak keluar sebelum perintah itu dikuatkuasakan.

Kebanyakan mereka yang memenuhi Balai Polis Kelana Jaya untuk mengisi borang berkenaan ialah pelajar institusi pendidikan tinggi,

Tinjauan Harian Metro mendapati jumlah ramai penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta ialah kerana pusat pengajian mereka ditutup dek Covid-19..

Encik Roslan Sharif, Pengarah Urusan Maju Terminal Management And Services (Maju TMAS), syarikat pengendali TBS, berkata:

"Memang ada peningkatan lebih 50 peratus pengguna dengan merekodkan 20,000 penjualan tiket berbanding pada hari biasa, iaitu sekitar 13,000 pengguna.

"Kami sudah menjangkakan ada peningkatan pengguna, namun semua pengguna dapat meneruskan perjalanan sebelum tengah malam tanpa sekatan," katanya kepada Harian Metro.

Bagi seorang penuntut UiTM Puncak Alam, yang hanya mahu dikenali sebagai Nabila, 20 tahun, beliau terpaksa pulang ke kampung berikutan penutupan kolej dan tiada kemudahan tempat tinggal dan makan.

Beliau, yang mencuba nasib membeli tiket untuk pulang ke Pulau Pinang, berkata walaupun sedar mengenai risiko yang dihadapi, beliau tiada keluarga di Kuala Lumpur untuk tinggal sementara waktu.

"Saya akan pakai penutup hidung dan mulut serta guna cecair pembasmi kuman sepanjang perjalanan, " katanya.

Bagaimanapun menjelang tengah malam kelmarin, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menangguhkan sementara arahan pengisian borang permit rentas negeri berikutan kesesakan di balai polis di seluruh negara sejak pengumuman mengenainya dikeluarkan petang kelmarin.

Kesesakan yang berlaku dan ramai orang berada di tempat awam pada satu-satu masa itu meimbulkan kebimbangan berkemungkinan boleh meningkatkan lagi jumlah jangkitan Covid-19.

Orang ramai dilihat masih mengambil mudah aspek keselamatan terutamanya penjarakkan sosial yang mesti dilakukan bagi mengelakkan jangkitan virus itu.

"Mana kesedaran dan tanggungjawab anda?" soal wartawan Bernama melakukan tinjauan di TBS dan beberapa balai polis di sekitar Kuala Lumpur malam kelmarin.

Ini meski pun kerajaan telah menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan lebih 50 orang.

Walaupun pakar perubatan telah memberi amaran mengenai risiko terhadap kesihatan awam apabila siswa universiti pulang ke kampung beramai-ramai, pihak berkuasa mengambil masa untuk bertindak balas.

Namun keadaan panik itu bertukar pada 5.30 petang semalam apabila Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad membuat hantaran di laman Facebook peribadinya menggesa pelajar agar tidak terburu-buru pulang ke rumah.

"Tindakan pulang tergesa-gesa dikhuatiri akan mengeruhkan keadaan dan mahasiswa akan lebih terdedah kepada wabak jika tidak melalui pamantauan yang rapi.

"Saya meminta supaya pihak Institut Pengajian Tinggi menyediakan penempatan sementara kepada para pelajar yang menghadapi kekangan untuk pulang ke kampung halaman.

"Saya juga meminta pihak Institut Pengajian Tinggi untuk memastikan pelajar mendapat akses makanan melalui kafeteria," kata beliau.

Majlis Keselamatan Negara Malaysia kemudian menyemak semula arahan terdahulunya jam 7.30 malam kelmarin dan mengeluarkan perintah baru.

"Pelajar mempunyai pilihan untuk pulang ke tempat, negara asal atau terus berada di dalam kampus masing-masing," katanya pada FAQ yang kedua. - Agensi

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian