Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serpihan pesawat MH370 ditemui di pantai Afrika

Mar 03, 2016 | 02:27 PM



MAPUTO (Mozambique): Satu objek kemungkinan daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang hampir dua tahun lalu, dijumpai terdampar di tebing pasir di Mozambique, berhampiran Pulau Reunion, lokasi flaperon ditemukan Julai tahun lalu.



Sumber memberitahu NBC News, objek itu sedang diperiksa bagi memastikan kaitannya dengan MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 bersama 239 penum­pang serta anak kapal.



Objek dijumpai seorang rakyat Amerika itu tertera tulisan 'NO STEP', dan mungkin bahagian penyambung antara sayap dengan ekor pesawat.



Serpihan berkenaan dijumpai di Terusan Mozambique yang menghubungkan antara timur Afrika dan Madagascar, lokasi berhampiran Pulau Reunion di mana satu-satunya objek berkaitan MH370, flaperon ditemukan tahun lalu.



Penyiasat Malaysia, Australia, Amerika Syarikat dan wakil Boeing juga dilapor telah melihat gambar objek terbabit, namun semua pihak enggan mengulas lanjut.



Pusat Koordinasi Agensi Bersama Australia (JACC) menyatakan, pihaknya tahu tentang perkembangan baharu itu.



Pesawat MH370 hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. - Utusan Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >