Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serpihan yang ditemui di Mozambique 'hampir pasti dari MH370': Australia

Mar 24, 2016 | 11:39 AM



SYDNEY: Dua keping serpihan yang dijumpai di Mozambique "hampir pasti dari MH370", kata Menteri Pengangkutan Australia pada Khamis (24 Mac), berikutan analisis oleh pakar teknikal yang sedang mengiasat kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu.



"Analisis itu menyimpulkan serpihan tersebut hampir pasti dari MH370," kata Encik Darren Chester dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa pasukan siasatan MH370 Malaysia mendapati kepingan itu konsisten dengan panel dari pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines.



"Hakikat serpihan itu dijumpai di pantai timur Afrika konsisten dengan model hanyutan yang dilakukan oleh CSIRO (badan sains kebangsaan) dan mengesahkan lagi usaha pencarian kami di Lautan Hindi."



Sekeping logam putih sepanjang satu meter ditemui di pantai Mozambique bulan ini oleh seorang warga Amerika Syarikat yang menjalankan carian bebas bagi pesawat MH370. Ia dihantar ke Australia untuk ujian awal minggu ini.



Serpihan itu diperiksa penyiasat dari Australia dan Malaysia, dan juga pakar dari Boeing, Geosains Australia dan Universiti Kebangsaan Australia di Canberra.



Malaysia berkata minggu ini ia akan menghantar satu pasukan untuk mendapatkan sekeping lagi serpihan yang ditemui di pantai selatan Afrika Selatan, untuk memeriksa apakah ia juga dari MH370.



Pihak berkuasa Afrika Selatan berkata pada Selasa (22 Mac) serpihan itu ditemui berhampiran Teluk Mossel, sebuah bandar kecil di wilayah Tanjung Barat.



Mossel Bay terletak lebih 2,000 km dari Vilankulo, resort di Mozambique tempah serpihan awal itu ditemui.



Pesawat MH370 hilang bersama 239 penumpang dan kru dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.



Pencarian pesawat itu dijangka dihentikan pada Jun-Jul jika ia tidak ditemui. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >