Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR

Setiausaha agung Muda bersemangat walau hadapi lima lawan 'gergasi'

Mar 10, 2022 | 05:30 AM



MELANGKAH masuk ke dalam bilik gerakan Pakatan Demokratik Malaysia (Muda) di Bandar Dato Onn Johor terasa seperti dalam sebuah kelab riadah belia.



Ahli parti politik itu memakai kemeja-T hitam yang tertera logo Muda. Mereka berbilang bangsa dan hampir kesemuanya berusia awal dua puluhan tahun.



Mereka ghairah berbincang dalam beberapa kumpulan kecil. Tiga remaja belasan tahun berkumpul di satu sudut dengan laptop masing-masing.



Suasana santai dan bersahaja. Ada alunan muzik sayup-sayup dari satu penjuru lain. Terdengar gelak ketawa sekumpulan belia dari sebuah meja di tengah bilik mesyuarat.



Tidak terasa debaran atau tekanan walaupun calon mereka, Cik Amira Aisya Abdul Aziz, berjuang dalam persaingan enam penjuru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa.



Cik Amira, seorang peguam berusia 27 tahun yang juga setiausaha agung Muda, calon kedua paling muda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Walaupun mengakui bersaing sebagai underdog menentang calon gergasi, semangatnya berkobar-kobar.



"Agak mencabar apabila kita menghadapi jentera mereka, banyaknya bendera dan sepanduk dan penyokong mereka. Tetapi apa yang kita tidak ada dari segi kewangan kita gantikan dengan semangat.



"Sebahagian besar sukarelawan yang membantu saya adalah mereka yang ghairah hendak mengundi buat kali pertama," kata Cik Amira.



Yang lebih mencabar ialah beliau bertanding di kawasan majoriti masyarakat Cina yang calonnya termasuk tiga calon bangsa Cina daripada Persatuan Cina Malaysia (MCA), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM), yang menampilkan seorang ahli parlimen veteran.



"Apabila kita lihat dari sudut politik baru, kita tidak boleh berfikir jika kawasan itu majoritinya orang Cina mesti ada calon Cina dan jika kawasan itu majoritinya penduduk Melayu mesti ada calon Melayu.



"Kita perlu mengubah tanggapan itu. Kita tidak boleh berfikir bangsa apa untuk kawasan itu, tetapi apa aspirasi yang terbaik untuk penduduk kawasan itu," katanya dengan yakin



Muda, yang diasaskan mantan menteri belia dan sukan Syed Saddiq Abdul Rahman setelah beliau dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 2020, bertujuan meningkatkan kesedaran dan penyertaan golongan muda dalam arus politik Malaysia.



Rang Undang-Undang Undi18 yang diluluskan Parlimen pada Julai 2019 membolehkan warga Malaysia berusia sekurang-kurang 18 tahun mengundi buat kali pertama di PRN Johor.



"Ada sesuatu yang unik tentang Undi18 kerana kesetiaan mereka belum lagi teruji. Kalau dulu kita ada kesetiaan dan ketaasuban parti yang sukar dipecahkan. Tapi ini tidak ada dalam orang muda dan saya harap tidak akan ada.



"Sewajarnya kalau anda menjadi anggota parti politik, kesetiaan parti ada. Tetapi jika tidak, jangan ada satu ketaasuban pada figura atau parti sehinggakan kalau mereka buat silap pun anda tetap menyokong dan mengundi mereka,' kata Cik Amira.



Muda menampilkan tujuh calon dalam kemunculan sulungnya di PRN Johor. Lebih 700,000 pengundi muda baru layak mengundi di 56 DUN pada 12 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >