Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SG perkukuh hubungan dua hala dengan UAE

Jan 24, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean yang membuat lawatan kerja ke Amiriah Arab Bersatu (UAE) telah menemui beberapa pemimpin utama negara itu bagi memperkukuh hubungan dua hala.



Dalam lawatan yang bermula dari Khamis lalu hingga kelmarin itu, Encik Teo turut merasmikan majlis Hari Singapura di Ekspo 2020 Dubai bersama Menteri Toleransi dan Kewujudan Bersama, Syeikh Nahyan Mubarak Al Nahyan.



Semasa di sama, Encik Teo turut melancarkan orkid Dendrobium Expo 2020 Dubai yang dinamakan sempena ekspo tersebut.



Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam, Encik Teo turut bertemu dan dihoskan untuk makan tengah hari dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Sheikh Saif Zayed Al Nahyan.



MFA berkata Encik Teo dan Sheikh Saif menegaskan semula hubungan mesra dan kerjasama keselamatan yang erat antara Singapura dengan UAE.



Mereka saling bertukar pandangan mengenai perkembangan terkini di rantau ini.



Secara berasingan, Encik Teo menemui Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Timbalan Pemerintah Dubai, Sheikh Maktoum Mohammed Rashid Al Maktoum.



Mereka membincangkan cabaran dan peluang bersama yang dikongsi Singapura dan UAE sebagai hab kewangan dan perniagaan di wilayah masing-masing, serta bersetuju mengukuhkan lagi kerjasama dalam bidang ini.



Semasa di Abu Dhabi, Encik Teo dihoskan untuk makan tengah hari dengan Pengerusi Pihak Berkuasa Hal Ehwal Eksekutif Abu Dhabi dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Pelaburan Mubadala, Khaldoon Khalifa Al Mubarak.



MFA berkata Encik Teo dan Encik Khaldoon mengalu-alukan kemajuan baik dalam kerjasama dua hala melalui Forum Bersama Abu Dhabi-Singapura.



Mereka bersetuju untuk meneroka kerjasama dalam bidang baru seperti kemampanan, hidrogen dan tenaga boleh diperbaharui.



Encik Teo turut bertemu Pengerusi Hedayah dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pertahanan, Dalam Negeri dan Hal Ehwal Luar Majlis Kebangsaan Persekutuan UAE, Dr Ali Al Nuaimi.



Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan di rantau ini.



Encik Teo tiba di Singapura semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >