SHANGHAI: Pihak berkuasa hab kewangan China, Shanghai, pada Ahad (14 Ogos) menyatakan ia akan membuka semula semua sekolah termasuk tadika, sekolah rendah dan menengah pada 1 September selepas penutupan berbulan lamanya kerana Covid-19.
Bandar itu akan memerlukan semua guru dan pelajar mengambil ujian asid nukleik untuk koronavirus setiap hari sebelum meninggalkan kampus, kata Suruhanjaya Pendidikan Perbandaran Shanghai.
Ia juga menggesa guru dan pelajar agar menjalankan “pengurusan kesihatan diri” selama 14 hari sebelum pembukaan semula sekolah, kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.
Shanghai menutup semua sekolah pada pertengahan Mac sebelum penutupan selama dua bulan lagi untuk memerangi wabak Covid-19 yang teruk melanda bandar itu pada April dan Mei.
Ia membenarkan beberapa pelajar sekolah menengah untuk kembali ke bilik darjah pada Jun lalu manakala sebahagian besar yang lain meneruskan pengajian di rumah untuk baki semester.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
28
0
Shanghai buka semula semua tadika, sekolah
Aug 14, 2022 | 03:34 PM