Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Shebab serang nekad konvoi UAE, enam terbunuh

Jun 25, 2015 | 12:42 PM

MOGADISHU: Pengganas Shebab membunuh sekurang-kurangnya enam orang dalam serangan nekad terhadap konvoi diplomat Amiriah Arab Bersatu (UAE) di ibu negara Somalia, Mogadishu, menurut polis.

"Kami mengesahkan enam orang terbunuh, empat daripada mereka adalah orang awam manakala enam yang lain turut cedera, termasuk beberapa yang parah," kata pegawai polis, Encik Abdukadir Hassan kepada agensi berita AFP.

Beliau berkata, tiada diplomat UAE yang cedera dalam serangan itu apabila pegawai keselamatan yang mengiringi konvoi itu menghalang pengebom nekad dengan trak mereka ketika letupan berlaku.

Kumpulan Shebab mengakui melancarkan serangan itu, iaitu yang pertama oleh kumpulan yang ada kaitan dengan Al-Qaeda terhadap kepentingan UAE di Somalia.

UAE terbabit dalam beberapa projek keselamatan, pembangunan prasarana dan kemanusiaan di Somalia. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3