BEIJING: Bandar hab teknologi China, Shenzhen, menarik balik sekatan pergerakan yang telah dilaksananya selama seminggu, walaupun mengekalkan beberapa sekatan, dengan pihak berkuasa tempatan mengatakan penularan Covid-19 di bandar itu terkawal.
Pihak berkuasa itu membenarkan agensi dan syarikat pemerintah menyambung operasi dan pengeluaran biasa dalam satu notis yang disiar di akaun WeChatnya kelmarin.