Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Siap dibina dalam 8 hari, hospital 1,000 katil di Wuhan sudah sedia terima pesakit

Feb 03, 2020 | 05:40 PM



BEIJING: Sebuah hospital China bagi merawat orang dijangkiti Koronovirus Novel 2019 (2019-nCoV) di Wuhan, yang dibina hanya dalam lapan hari, mula menerima pesakit pada Isnin (3 Feb), menurut media negara itu.



Hospital itu, dinamakan Huoshenshan, yang bererti “gunung dewa api”, direka untuk menampung 1,000 katil bagi pesakit yang disahkan dijangkiti virus itu demi mengurangkan masalah kekurangan katil di tempat lain di bandar itu.



Wabak itu telah meragut 361 nyawa dan menjangkiti lebih 17,000 orang di China dan sekurang-kurangnya 171 orang di luar negara. Terdapat lebih 11,000 kes di wilayah Hubei, di mana Wuhan terletak, kata televisyen negara itu.



Kerja pembinaan Huoshenshan mengikut model hospital yang dibina di Beijing pada 2003 bagi menentang Sindrom Sesak Nafas Mendadak (Sars).



Lebih 7,500 pekerja mengambil bahagian dalam projek pembinaan itu, yang bermula pada 25 Januari dan diselesaikan pada hujung minggu lalu.



China sedang membina hospital kedua di Wuhan yang boleh menampung 1,600 katil bagi merawat pesakit koronavirus.



Dinamakan Leishenshan, yang bererti “gunung dewa guruh”, dijadualkan selesai dibina pada Rabu. - Reuters.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >