WASHINGTON: Amerika Syarikat sekarang melancarkan siasatan baru ke atas suspek pensimpati militan yang menamakan kumpulan mereka Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS atau ISIL) hampir setiap hari, menurut seorang pegawai kanan kelmarin, menggariskan ancaman yang meningkat daripada kumpulan militan itu.
Merujuk kepada pertambahan ketara kes yang dikaitkan dengan militan yang kini mengawal beberapa wilayah di Iraq dan Syria itu, beliau memberi amaran kepada Kongres.