Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Siasatan antarabangsa ke atas wabak patut dijadi rutin: Pakar WHO

Mar 12, 2021 | 05:30 AM



GENEVA: Kumpulan pakar yang melakukan lawatan penyiasatan ke China awal tahun ini untuk meneliti asal usul pandemik Covid-19 menyarankan supaya penyelidikan antarabangsa seperti itu menjadi satu amalan biasa berikutan wabak untuk mengurangkan stigma.



"Mengapa kita tidak melakukan ini bagi setiap wabak sebagai satu rutin?" tanya Dr Marion Koopmans, seorang ahli virologi Belanda yang merupakan seorang anggota misi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke Wuhan awal tahun ini.



Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berusaha selama berbulan-bulan untuk menghantar pasukan antarabangsa ke Wuhan untuk membantu menentukan bagaimana koronavirus Covid-19 kali pertama melompat dari haiwan ke manusia.



Namun dalam iklim geopolitik yang tegang, misi yang sangat sensitif itu hanya dapat dilakukan pada Januari tahun ini - lebih setahun setelah kes pertama dikesan di bandar China itu pada akhir 2019.



Pakar bebas itu , yang menghabiskan tempoh empat minggu di Wuhan mengunjungi tapak-tapak berkaitan dengan kes awal, menyelesaikan misi mereka bulan lalu tanpa penemuan yang konklusif.



Pasukan itu, yang telah menekankan bahawa itu hanyalah tahap pertama proses, dijadual dapat menerbitkan laporan penemuan penuh mereka minggu depan.



Bercakap di satu acara maya kelmarin yang dihoskan oleh badan pemikir Chatham House, beberapa pakar menyarankan bahawa keengganan China untuk menerima pasukan antarabangsa dapat difahami memandangkan kesalahfahaman luas bahawa mereka akan melakukan siasatan kedua terhadap Beijing sendiri.



Mereka menekankan bahawa misi mereka yang sebenarnya adalah untuk bekerjasama dengan rakan China dan membina penemuan pihak Beijing sebelum ini.



Dr Koopmans mengatakan hanya beberapa negara akan mengalu-alukan pakar antarabangsa dalam keadaan seperti itu, "kerana terasa seperti orang yang datang dan memberitahu anda bahawa anda tidak melakukan pekerjaan dengan baik".



Tetapi jika siasatan antarabangsa mengenai wabak penyakit dilakukan secara automatik, ini akan membantu menghilangkan anggapan bahawa misi seperti itu adalah satu 'hukuman', katanya.



"Sekiranya kita ingin melepasi sensitiviti seperti itu, mari kita menjadikannya satu rutin, standard," tambah beliau.



Ahli zoologi Britain, Dr Peter Daszak, seorang lagi ahli pasukan misi tersebut, bersetuju bahawa pendekatan yang lebih rutin untuk menangani dan mencegah wabak dan pandemik diperlukan.



Beliau juga meminta semakan besar mengenai pencegahan pandemik yang serupa dengan perubahan kepada pemantauan pengganasan berikutan serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat.



Dr Daszak mengeluh bahawa jauh lebih sedikit usaha yang dilakukan untuk meramalkan wabak penyakit berbanding usaha untuk mengenal pasti ancaman lain yang dihadapi penduduk seperti pengganasan atau taufan.



Beliau menegaskan bahawa dunia perlu meletakkan lebih banyak "sumber dan tenaga untuk meramalkan pandemik dan mengkaji serta mencari dari mana datang (wabak) yang akan datang".



Sementara menyuarakan keyakinan bahawa siasatan asal akhirnya akan menunjukkan hasil yang signifikan, Dr Daszak berkata beliau berharap krisis semasa akan mendorong cara pemikiran yang lebih luas. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >