Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TANAH RUNTUH DEKAT GENTING

Siasatan dapati dua runtuhan berlaku dalam tragedi di Batang Kali

Dec 20, 2022 | 05:30 AM



BATANG KALI (Selangor): Siasatan awal Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati dua runtuhan cerun berlaku dalam masa 20 hingga 30 minit di lokasi kejadian tanah runtuh yang meranapkan tiga tapak perkhemahan Father's Organic Farm pada awal pagi Jumaat lalu.



JKR dalam kenyataannya berkata dapatan itu diperoleh Pasukan Forensik dari Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR yang melaksanakan pemeriksaan awal di lokasi kejadian.



"Anggaran dimensi kegagalan cerun adalah 70 meter (m) (ketinggian), 120m (lebar) dan 330m (panjang) dengan anggaran isipadu tanah runtuhan 450,000 meter padu. Mod kegagalan adalah kombinasi retrogressive translational dan aliran puing.



"Berlaku dua kegagalan cerun di lokasi yang sama dengan sela masa 20 minit hingga 30 minit di antara keduanya.



"Kegagalan cerun yang pertama berkemungkinan besar berlaku di kawasan perkhemahan. Kegagalan itu mengakibatkan kawasan di kaki cerun jalan raya menjadi lemah, mengakibatkan berlakunya runtuhan susulan (kedua) yang lebih besar.



"Aliran air bawah tanah yang aktif dikesan di lokasi cerun runtuh terutamanya dalam kawasan tapak perkhemahan," katanya, yang dilaporkan Berita Harian Malaysia (BHM) kelmarin.



JKR berkata pemeriksaan visual pada lokasi jalan dan cerun di seksyen berkenaan mendapati longkang jalan sedia ada dalam keadaan bersih dan kering serta tidak tersumbat, yang mana menunjukkan bahawa tiada masalah pada sistem perparitan jalan.



"Bahu Jalan B66 Seksyen 13.0 dari arah Goh Tong Jaya ke Batang Kali telah jatuh dan rosak akibat runtuhan cerun.



"Turut kelihatan rekahan secara memanjang pada lorong kiri laluan menghala ke Batang Kali, kesan dari runtuhan cerun. Longkang tepi jalan juga didapati telah terputus dan jatuh," katanya.



Tambah jabatan itu, berdasarkan hasil penemuan itu, adalah dijangka ketepuan tanah dan tekanan air liang tanah yang tinggi akibat pengumpulan air bawah tanah pada bahagian bawah cerun di kawasan perkhemahan telah melemahkan kaki cerun jalan B66 dan seterusnya menyebabkan kegagalan retrogresif kepada cerun jalan.



Menurut jabatan itu lagi, siasatan tanah terperinci akan dilaksanakan di tapak sejurus selesai operasi mencari dan menyelamat ditamatkan. - BHM.




"Berlaku dua kegagalan cerun di lokasi yang sama dengan sela masa 20 minit hingga 30 minit di antara keduanya.
Kegagalan cerun yang pertama berkemungkinan besar berlaku di kawasan perkhemahan. Kegagalan itu mengakibatkan kawasan di kaki cerun jalan raya menjadi lemah, mengakibatkan berlakunya runtuhan susulan (kedua) yang lebih besar.
Aliran air bawah tanah yang aktif dikesan di lokasi cerun runtuh terutamanya dalam kawasan tapak perkhemahan."
- Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >