Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

LUAR NEGARA

Siasatan dijalankan selepas pasangan suami isteri maut makan ikan buntal

Apr 10, 2023 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Siasatan terhadap kematian sepasang suami isteri selepas mereka makan ikan buntal sedang dijalankan, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Encik Ling Tian Soon.



Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah mengambil tindakan sejurus kes tersebut dilaporkan.



"Jabatan ini telah menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pembekal, pemborong dan penjual ikan buntal itu," ujarnya pada Sabtu.



Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kluang juga telah membuka kertas siasatan di bawah Akta Makanan 1983.



"Kami ingin mengucapkan takziah kepada anggota keluarga mangsa," kata Encik Ling lagi.



Seorang lelaki berusia 84 tahun yang sebelum ini dirawat di unit jagaan rapi (ICU) selepas makan ikan buntal pada 25 Mac meninggal dunia pada Sabtu pagi.



Encik Ling berkata lelaki itu, Encik Ng Chuan Sing, tidak responsif sejak sekitar 5.20 pagi semasa diperiksa seorang jururawat.



"Rawatan kecemasan segera diberikan oleh pegawai perubatan selama sekitar setengah jam sebelum beliau diisytiharkan meninggal dunia.



"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada unit forensik sebelum diserahkan kepada warisnya pada hari yang sama," ujar beliau.



Kematiannya menyusuli pemergian isterinya, mendiang Lim Siew Guan, 83 tahun, yang terkorban pada 25 Mac selepas makan ikan buntal itu.



Anak perempuan pasangan itu, Cik Ng Ai Lee, berkata bapanya bertanya tentang isteri beliau sejurus sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.



Beliau tidak tahu bahawa isterinya sudah tiada.



"Bapa saya terbangun daripada koma selama lapan hari dan perkara pertama yang beliau tanyakan adalah tentang ibu saya.



"Kami beritahunya bahawa beliau sedang berehat di rumah. Kami tidak memberitahunya perkara yang sebenar kerana bimbang beliau tidak dapat menanganinya, tapi kami dapat berasakan bahawa beliau tahu ibu saya sudah tiada. Beliau menangis," ujarnya.



Selepas dirawat di ICU selama lebih 10 hari, Cik Ng berkata bapanya dipindahkan ke wad biasa pada 5 April.



"Beliau kelihatan baik dan bercakap dengan saya seperti biasa.



"Beliau bertanya tentang ibu saya lagi dan kami masih menyembunyikan berita sedih itu daripadanya, memberitahunya bahawa ibu saya dalam keadaan baik dan memintanya untuk memberi tumpuan pada kesihatannya sendiri dan pemulihannya," kata Cik Ng.



Sebelum itu, pasangan warga emas itu telah membeli ikan buntal yang dimakan mereka daripada seorang penjual ikan pada 25 Mac.



Cik Lim kemudian menggoreng ikan tersebut bagi makan tengah hari pada hari yang sama.



Beliau kemudian mengalami masalah bernafas dan menggigil manakala suaminya mula menunjukkan gejala yang sama sekitar sejam kemudian. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >