DAVAO: Pasukan bomba telah menemui mayat sekitar 36 orang kelmarin yang dikatakan terperangkap dalam kebakaran melibatkan pusat beli-belah di selatan Filipina, kata jurucakap pegawai bomba sedang pemerintah Filipina melancarkan siasatan jenayah bagi mengenal pasti punca kejadian.
Penemuan itu meningkatkan bilangan mangsa kepada 37 orang yang terkorban dalam kejadian di pusat beli-belah NCCC di kota Davao di Mindanao.