JAKARTA: Pembantu juruterbang pesawat AirAsia QZ8501, Encik Remi Emmanuel Plesel, sedang mengendalikan pesawat itu ketika ia terhempas dan mengorbankan semua 162 kru dan penumpang, dedah Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT) Indonesia, semalam.
Juruterbang pesawat itu, Kapten Iriyanto sedang memantau Encik Remi apabila kejadian itu berlaku, kata KNKT dalam sidang akhbar semalam.