WASHINGTON - Seorang sekutu Al-Qaeda menghalusi kaedah menyembunyikan bahan letupan dalam peranti elektronik, menurut laporan CNN memetik pegawai Amerika Syarikat.
Siasatan perisikan menunjukkan bahawa kumpulan pengganas itu menyasarkan penerbangan komersial dengan "menyeludup bahan letupan dengan pelbagai barangan pengguna", pegawai memberitahu CNN dalam satu Selasa (21 Mac).
Rancangannya ialah menyembunyikan bahan letupan dalam bateri dan petak bateri.
Penemuan itu mendorong Amerika dan Britain mengharamkan peranti dengan saiz lebih besar daripada telefon pintar dalam penerbangan tertentu dari negara-negara di Timur Tengah ke Amerika Syarikat, Afrika Utara.
pegawai-pegawai Amereka memberitahu CNN bahawa perisikan itu "menunjukkan kumpulan pengganas terus menyasarkan penerbangan komersial" dengan "menyeludup bahan letupan dalam pelbagai barangan pengguna".
Seorang pegawai penerbangan memaklumkan CNN bahawa beliau diberitahu secara langsung oleh seorang pegawai perisikan bahawa larangan elektronik ini bukan satu "langkah politik".
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika berkata penumpang dari tempat berkenaan tidak boleh membawa peranti seperti tablet, pemain DVD mudah alih, komputer riba dan kamera. Ia mesti diperiksa dan dimasukkan ke kargo, menurut Reuters.
Jurucakap Perdana Menteri Britain Theresa May berkata mungkin ada sekatan ke atas barang barang-barang elektronik bagi penerbangan dari enam negara di Timur Tengah.
"Pemerintah Amerika amat prihatin terhadap minat berterusan pengganas menyasarkan penerbangan komersial, termasuk hab pengangkutan, sejak dua tahun lalu," kata seorang pegawai rasmi Amerika menentang pengganasan dalam satu kenyataan.
"Maklumat kami menunjukkan bahawa usaha kumpulan pengganas melankukan serangan ke atas sektor penerbangan semakin hebat."