Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sidang Dewan Rakyat M'sia kecoh silap kira undi

Anwar perjelas majoriti pembangkang terima Belanjawan 2021 kerana kebanyakan permintaan mereka diterima menteri kewangan
Dec 02, 2020 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat Malaysia kecoh semalam selepas Anggota Parlimen (AP) diberitahu berlaku kesilapan dalam pengiraan undian belah bahagi bagi peruntukan Kementerian Kewangan kelmarin.



Kekecohan berlaku apabila Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, dimaklumkan oleh Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) bahawa beliau tersilap memasukkan seorang AP Umno dalam senarai menyokong peruntukan kementerian itu di peringkat jawatankuasa.



Datuk Shabudin berkata beliau tidak berniat menipu Dewan menyusuli kesilapan ketika proses undian belah bahagian rang undang-undang peringkat jawatankuasa bagi kementerian tersebut.



Beliau, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), menjelaskan sudah memohon maaf kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, menyusuli kesilapan pengiraan itu.



"Ketika membuat pengiraan undi, saya sebelum itu ada melihat Padang Rengas (Datuk Seri Nazri Aziz) dalam Dewan, cuma semasa (prosedur) yang berkenaan tiada.



"Saya yakin Padang Rengas ada. Saya tidak ada niat untuk menipu Dewan atau untuk melakukan sesuatu perkara yang bercanggah dengan peraturan," katanya ketika diberi ruang pencelahan pada sesi perbahasan rang undang-undang peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar semalam.



Penjelasan itu menyebabkan ramai AP pembangkang bangun menggesa Datuk Shabudin dikenakan tindakan tegas, termasuk dirujuk ke Jawatankuasa Khas dan Kebebasan Parlimen.



Sidang Dewan yang ketika itu berada dalam peringkat jawatankuasa dan dipengerusikan Datuk Mohd Rashid terus kecoh dan berlarutan selama kira-kira 20 minit.



Antara yang bangun ialah RSN Rayer (PH-Jelutong), Cha Kee Chin (PH-Rasah), Hannah Yeoh (PH-Segambut), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar), Steven Sim (PH-Bukit Mertajam), Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) dan Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang).



"Saya meminta supaya keputusan belah bahagi Kementerian Kewangan ditukar kepada 18 tidak hadir berbanding 19 yang diumum semalam dan 107 bersetuju ditukar kepada 106 bersetuju," kata Datuk Rashid ketika membacakan kenyataan yang dikeluarkan Datuk Azhar.



Datuk Rashid juga memberi jaminan proses undian selepas ini akan dilakukan dengan lebih teliti bagi mengelak kesilapan sama berulang.



Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelmarin berkata majoriti pembangkang tidak menolak Belanjawan 2021 kerana kebanyakan permintaan mereka untuk menambah baik belanjawan itu dipersetujui Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.



Menjelaskan, beliau menambah bahawa sekiranya belanjawan yang dilihat banyak membantu masyarakat itu ditolak, bagaimana mereka mahu menjelaskan situasi berkenaan kepada rakyat.



Beliau menegaskan sudah pasti rakyat marah kerana banyak peruntukan buat mereka tidak diluluskan disebabkan pembangkang memilih menolak belanjawan tersebut.



"Saya faham, Mat Sabu (Mohamad Sabu) kata mandat kita mesti tolak dan Guan Eng (Lim Guan Eng) pun kata perkara sama, tapi saya kata bagaimana kita hendak terangkan kepada masyarakat.



"Bukan saja kita berdepan masyarakat bandar dan kota, tetapi juga desa, luar bandar, juga Sabah yang semua dapat peruntukan tambahan... dan gaji penjawat awam, elaun, subsidi untuk nelayan dan pekerja staf kesihatan.



"Bagaimana kita nak jelaskan? Kita (rakyat) dapat ini, kenapa kamu tolak?" katanya dalam rakaman video temu bual bersama TheVibes.com. - BHM, Astro Awani, The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >