Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sidang hibrid Parlimen M'sia 'rumit'

Rais Yatim: Jawatankuasa khas yang dibentuk bagi permudahkan sidang hibrid sasar siapkan tugasan segera
Jul 08, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Terdapat banyak rintangan rumit buat jawatankuasa khas yang telah dibentuk untuk memudahkan sidang Parlimen melalui cara "hibrid" melibatkan kehadiran secara langsung dan dalam talian, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.



Laporan Malaysiakini semalam menukil beliau sebagai menyatakan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat perlu dipinda.



Usul jawatankuasa khas itu kemudiannya akan diteliti oleh Jawatankuasa Parlimen bipartisan dan Jawatankuasa Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat. Akhirnya, ahli parlimen perlu bersetuju dengan perubahan ini dengan memilih usul untuk meminda Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat itu.



Antara cabaran lain, kata Tan Sri Rais, adalah merancang cara speaker mengatur tingkah laku ahli parlimen dan eksekutif yang mengambil bahagian dalam sidang parlimen dari jarak jauh.



"Speaker mesti diberi kuasa untuk campur tangan, memberi amaran kepada ahli parlimen atau mengambil tindakan terhadap penggubal undang-undang," katanya.



Dengan kurang dari tiga minggu sebelum Parlimen bersidang semula, Dr Rais berkata jawatankuasa itu akan menyelesaikan tugasannya dan baru mencapai sasaran "35 peratus hingga 40 peratus".



"Kami sangat gembira bahawa kerajaan telah mengesahkan tarikh persidangan," katanya menjelaskan ini ujian penting bagi demokrasi Malaysia.



Dalam pada itu, sehingga lewat Jun lalu lebih 400 petugas Parlimen telah menjalani vaksinasi sebagai persediaan untuk sidang Parlimen yang bakal menjelang, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Encik Khairy Jamaluddin, berkata langkah itu bagi memastikan setiap petugas Parlimen mendapat perlindungan sewajarnya bagi mengelak berlaku jangkitan ketika sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara nanti.



Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata petugas Parlimen pemberian vaksin turut diberikan kepada kakitangan di bahagian pembersihan dan katering.



Katanya, pegawai pengiring Ahli Parlimen juga layak menerima vaksin.



"Kami mahu memastikan setiap petugas Parlimen mendapat perlindungan sewajarnya bagi mengelak daripada jangkitan berlaku apabila Dewan Rakyat dan Dewan Negara dibuka tidak lama lagi," katanya sebelum ini.



Sementara itu, Pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyifatkan, sidang Parlimen yang akan berlangsung selama lima bermula 26 Julai ini terlalu pendek tempohnya dalam membahaskan isu berkaitan pengurusan negara, ekonomi dan rakyat.



Dalam kenyataan bersama pemimpin tertinggi tiga parti dalam PH semalam, mereka menggesa kerajaan menjemput pembangkang untuk bersama merangka serta mengatur perjalanan sidang khas Parlimen itu, yang mesti mengusahakan penyelesaian supaya rakyat dapat keluar dari krisis Covid-19 dan ekonomi.



"Janganlah sehingga pihak pembangkang terpaksa mendesak sidang Parlimen khas yang adil. Kita mesti bersama memerangi Covid-19 untuk menyelamatkan negara, dan bukannya berpolitik untuk melindungi jawatan dan kedudukan," katanya dalam satu kenyataan bersama semalam.



Kenyataan bersama itu dikeluarkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Guan Eng serta Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Encik Mohamad Sabu.



Mereka mendakwa kerajaan seolah-olah hanya berniat memberi penerangan berkaitan Pelan Pemulihan Negara Covid-19 tanpa sebarang perbahasan dan proklamasi serta Ordinan Darurat hanya akan dibentang dan tidak dibahas mahupun diputuskan.



"Parlimen adalah medan mendengar masalah, menyuarakan rintihan dan memulihkan harapan rakyat disamping mencari penyelesaian kepada krisis negara.



"Prinsip akauntabiliti dan ketulusan perlu ditegakkan dengan peranan semak dan imbang yang membabitkan semua Ahli Parlimen dan parlimen bukannya pentas untuk hanya mendengar kuliah Menteri tanpa diberi ruang membahas," katanya yang ditukil BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >