Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sidang khas Parlimen M'sia bincang isu banjir 20 Jan

Jan 08, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Satu sidang khas Parlimen akan diadakan pada 20 Januari berikutan krisis banjir yang menjejas penduduk Malaysia baru-baru ini, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



Beliau berkata mesyuarat khas itu akan membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara.



Ini termasuk isu banjir dan pemulihan posbanjir, penyelarasan bantuan kepada rakyat dan perancangan pengurusan bencana banjir jangka panjang.



Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah, telah berkenan bagi sidang khas parlimen itu selepas dimaklumkan.



"Sidang khas ini penting buat kerajaan menjelaskan kepada rakyat tentang tindakan dan rancangannya untuk menangani isu berkaitan banjir," kata Datuk Ismail dalam satu kenyataan, lapor The Star.



Secara berasingan, beliau memaklumkan bahawa sejumlah 39,255 atau 79.5 peratus daripada 49,394 ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) kerajaan sebanyak RM1,000 ($323) setakat tengah hari kelmarin.



Mereka yang masih belum mendaftar atau belum menerima bantuan boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana dan pegawai daerah masing-masing untuk mendapatkan bantuan itu, katanya dalam satu tweet.



Penyaluran bantuan kewangan itu bermula pada 27 Disember, 10 hari selepas banjir besar yang tidak dijangka melanda beberapa negeri di semenanjung, termasuk Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.



Selain itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid, berkata lebih RM39 juta diagihkan.



"Bantuan ini diagihkan setiap hari. Sekiranya ketua isi rumah tidak hadir di pusat pengedaran, kami akan pergi mencari mereka," katanya.



Beliau berkata setiap penerima diberi tarikh janji temu untuk menerima bantuan itu supaya mereka tahu bila dan di mana untuk mendapatkannya.



Sementara itu, situasi banjir yang bertambah baik di beberapa negeri menyaksikan jumlah mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri terus berkurangan.



Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan seramai 5,554 mangsa banjir ditempatkan di 84 PPS di lima negeri setakat pagi semalam, berbanding lebih 5,800 petang kelmarin, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Daripada jumlah itu, lebih 80 peratus atau 4,573 mangsa banjir daripada 1,273 keluarga ditempatkan di 62 PPS di Segamat, Tangkak, Muar dan Batu Pahat, Johor.



Di Melaka, empat PPS masih beroperasi setakat pagi semalam yang menempatkan 406 mangsa banjir daripada 108 keluarga, membabitkan tiga PPS di Jasin dan satu di Alor Gajah.



Di Pahang, seramai 393 mangsa banjir daripada 121 keluarga direkodkan berada di 11 PPS sekitar Pekan, Bera dan Rompin setakat 8 pagi semalam.



Ia adalah penurunan ketara berbanding 954 mangsa banjir kelmarin, dengan lebih 500 mangsa sudah kembali ke kediaman masing-masing.



Di Sabah pula, jumlah mangsa banjir terus turun kepada 113 mangsa daripada 31 keluarga di empat PPS sekitar Beluran dan Telupid, berbanding 281 mangsa daripada 62 keluarga, kelmarin.



Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS pagi semalam mencatat penurun hampir 70 peratus berbanding kelmarin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >