Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sidang puncak Asean bincang isu pengganasan, Laut China Selatan

Nov 13, 2017 | 05:30 AM



MANILA: Pemimpin Asia dan Pasifik mula tiba di sini semalam bagi membincangkan langkah bagi menentang pengganas di rantau ini, selain kod tatalaku di Laut China Selatan.



Presiden Filipina Rodrigo Duterte, yang negaranya memegang jawatan pengerusi Asean, akan menjadi tuan rumah bagi Sidang Puncak Asean yang ke-31 hari ini dan sidang berkaitan dengan rakan dialognya.



Menurut diplomat, negara anggota antara lain akan memberi amaran tentang bahaya anggota militan yang pro-ISIS dan ancaman pengganasan yang merentas sempadan.



Di akhir sidang puncak Asean, pemimpin negara anggota akan mengeluarkan Deklarasi Manila bagi Menangani Radikalisasi dan Ektremisme Ganas yang Meningkat.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang tiba di Filipina semalam, bakal menyampaikan ucapan ringkas di majlis penutup apabila Singapura mengambil alih peranan itu secara rasmi.



Di sidang puncak Asia Timur (EAS) pula, negara anggota akan mengeluarkan kenyataan berkaitan langkah mengelak dan menangani penyebaran ideologi pengganasan.



Bagi menyekat penyaluran dana kepada kumpulan pengganas, pemimpin negara anggota EAS akan turut mengeluarkan Deklarasi berkaitan Pengubahan Wang Terlarang dan Sekatan Dana kepada Pengganas.



Para pemimpin akan turut menekankan perlunya mempromosikan keamanan dan keselamatan di rantau ini, sambil menarik perhatian bahawa semua itu diperlukan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang tinggi melalui peningkatan perdagangan, pelaburan dan kerja, kata sumber.



Kelmarin, Presiden Xi Jinping memaklumkan kepada Encik Duterte bahawa China akan bekerjasama dengan negara Asean bagi memastikan keamanan di Laut China Selatan.



China mengakui mengawal hampir seluruh perairan Laut China Selatan, yang turut dituntut Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam.



"China akan terus bekerjasama dengan negara Asean bagi melindungi keamanan, stabiliti dan kemakmuran kawasan Laut China Selatan," kata Encik Xi kepada Encik Duterte dalam pertemuan mereka di luar sidang puncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Danang, Vietnam, kelmarin, lapor agensi berita Reuters.



Sehubungan dengan itu, pemimpin Asean akan mengumumkan permulaan rasmi bagi rundingan Kod Tatalaku di Laut China Selatan.



Kod itu dijangka membentangkan peraturan dan garis pandu undang-undang yang bertujuan mencegah konfrontasi bersenjata dalam kalangan negara yang menuntut hak ke atas kawasan Laut China Selatan.



Para pemimpin juga akan membincangkan krisis pelarian Rohingya, ketegangan di Semenanjung Korea serta ekonomi digital siber.



Semalam, Hongkong memeterai dua perjanjian pelaburan dan perdagangan bebas dengan 10 negara anggota Asean.



Pemimpin dunia yang akan menghadiri sidang di Manila termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.



Beberapa jam sebelum ketibaan beliau, polis rusuhan menggunakan meriam air bagi menghalang beberapa ratus penunjuk perasaan anti-Trump daripada mendekati Kedutaan Amerika di Manila. - Agensi berita.



Laporan lain: Pertikaian Laut China Selatan: Trump minat jadi orang tengah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >