Singapura dan Indonesia komited perdalam hubungan perdagangan dan pelaburan

 

NUSA DUA (BALI): Singapura dan Indonesia telah meraih banyak pencapaian bersama sejak beberapa tahun lalu dan boleh bekerjasama untuk meraih pencapaian jangka panjang lain bagi kededua rakyatnya, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong, pada Khamis (11 Oktober), semasa beliau dan Presiden Indonesia Joko Widodo mengumumkan beberapa inisiatif bersama.

Encik Lee, yang bersama Encik Jokowi bercakap dengan wartawan di akhir Rahat Pemimpin tahunan di Bali, berkata kededua pemimpin mengadakan perbincangan bermanfaat tentang cara memperdalam kerjasama, sesuatu yang turut dikatakan oleh Encik Jokowi.

Encik Jokowi turut mengucapkan terima kasih dan melahirkan penghargaannya kepada Singapura kerana menjadi antara negara pertama yang menawarkan bantuan apabila Lombok, Palu dan Donggala dilanda bencana alam tahun ini.

Encik Jokowi juga mengumumkan perjanjian pertukaran matawang setempat dan pembelian semula dolar Amerika Syarikat bernilai sejumlah AS$10 bilion ($13.8 bilion) antara kededua negara.

Perjanjian ini membenarkan kededua negara memastikan perdagangan antara Singapura dengan Indonesia boleh dilakukan dalam mawatang setempat, termasuk dalam tempoh kewangan yang membimbangkan.

Ia mengurangkan risiko dan ketidaktentuan yang lahir dari kadar pertukaran yang kian berubah, semasa pasaran kewangan tidak menentu.

“Dalam tempoh ekonomi sedunia yang tidak menentu ini, kerjasama ekonomi adalah tumpuan kami,” kata Encik Jokowi, yang mengalu-alukan perjanjian pertukaran dan pembelian semula matawang antara Bank Indonesia dengan Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Dua daripada tiga perjanjian yang ditandatangani lebih awal pada hari itu, yang turut disaksikan Encik Lee dan Encik Jokowi, bertujuan memberi rangsangan kepada usaha kerjasama ekonomi,” kata Encik Jokowi.

Waktu Solat

Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
3 HR PSI: 48
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.