SUSULAN UJIAN PELURU BERPANDU KOREA UTARA
Singapura kutuk ujian Korea Utara
Jul 31, 2017 | 05:30 AM
SINGAPURA mengutuk ujian peluru berpandu balistik antara benua Korea Utara yang berlaku Jumaat lalu.
Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) kelmarin, pelancaran itu dan beberapa pelancaran peluru berpandu sebelumnya, termasuk yang terakhir kurang sebulan lalu pada 4 Julai, menimbulkan ketegangan di rantau ini dan seterusnya membahayakan keamanan dan kestabilan semenanjung Korea.