Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sistem antipeluru berpandu THAAD Amerika tiba di tapak Korea Selatan

Apr 26, 2017 | 03:10 PM



SEOUL: Treler membawa peralatan sistem pertahanan antipeluru berpandu Terminal Altitud Tinggi (THAAD) tentera Amerika Syarikat telah tiba di sebuah tapak di padang golf di Korea Selatan, awal pagi tadi.



Agensi berita Korea Selatan, Yonhap melaporkan, kerahan enam treler itu mencetuskan pertelingkahan antara penduduk tempatan dan pihak polis.



Sistem THAAD bertujuan menangkis ancaman senjata dari Korea Utara tetapi China membantah dengan tegas penggunaannya kerana ia dikhuatiri mampu menjejas keupayaan tentera negara itu.



Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata beberapa peralatan sistem THAAD dikerahkan ke tapak padang golf di wilayah Seongju, selatan Korea Selatan.



“Korea Selatan dan Amerika telah bekerjasama bagi menjamin keupayaan awal operasi sistem THAAD sebagai respons kepada ancaman peluru berpandu dan nuklear Korea Utara,” kata Kementerian itu dalam satu kenyataan.



Rakaman televisyen menunjukkan treler tentera membawa unit besar peralatan termasuk apa yang kelihatan seperti kanister pelancaran ke tapak bateri THAAD, sekitar 250 kilometer ke selatan Seoul.



Imej turut memaparkan penunjuk perasaan tempatan membaling botol air ke arah kenderaan sementara polis cuba menghalang mereka.



Sementara itu, tentera laut Amerika mengumumkan kumpulan pesawat pengangkutnya mengadakan latihan bersama pasukan tentera laut Jepun di perairan Jepun ketika dalam perjalanan menuju ke semenanjung Korea.



Menurut kenyataan yang dikeluarkan semalam, pesawat milik Jepun mengadakan latihan bersama secara berterusan dengan unit udara USS Carl Vinson.

– AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >