NAHAS PESAWAT ETHIOPIAN AIRLINES

Sistem antitegun Boeing dipercayai sebabkan nahas

ADDIS ABABA (Habsyah): Sistem antitegun (tiba-tiba berhenti) yang dipercayai menyebabkan terhempasnya sebuah nahas pesawat di Indonesia pada Oktober lalu, mungkin terlibat juga dalam kemalangan pesawat Ethiopian Airlines bulan ini, yang membunuh kesemua 157 penumpang dan kru, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan itu kelmarin.

Encik Tewolde GebreMariam memberitahu The Wall Street Journal bahawa "sepanjang pengetahuan kami", sistem antitegun automatik khusus bagi pesawat Boeing 737 Max 8 itu diaktifkan semasa kemalangan penerbangan ET 302 dalam perjalanan ke Nairobi pada 10 Mac.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun

Galeri Foto